Dapur

Resepi Carbonara Tanpa Guna Sos Dalam Tin, Simple!

11.1K
SHARES

Menu berasaskan spageti sememangnya menjadi kegemaran orang ramai khususnya anak-anak. Bila dah ada di rumah sekarang ini, pasti anda bosan juga kalau asyik disajikan dengan menu nasi sahaja bukan? Jadi, apa kata anda cuba pula menu kegemaran ramai iaitu Spageti Carbonara tanpa menggunakan sos dalam tin. Buat sendiri sahaja sos carbonara tersebut dengan resepi yang dikongsikan ini.

Artikel berkaitan: Resepi Kuah Blackpepper Pekat Dan Ekspres, Puas Hati!

Bahan bahan carbonara

-1 paket spageti ( boleh jenama apa dan jenis pasta pun boleh )

-2 1/2 tin susu sejat atau susu kotak ( kalau nak guna 2 tin susu, 1/2 lagi tu air pun boleh.jimat)

-Majerin + minyak ( untuk menumis )

-Daging cincang

-Bawang merah dadu

-1 sb tepung gandum

-Cendawan dan sosej

-3 keping Cheese slice

-Lada hitam blend atau tumbuk

-Perisa maggi cukup rasa

-Garam dan gula

-Parsley dan oregano ( kalau tak ada pun takpe)

-Spageti siap rebus

CARA-CARA NAK MASAK. MUDAH!

1.Panaskan majerin + minyak

2.Tumis bawang cenggini, lahai..wanginya bau dia..

3.Pastu masuk tepung gandum..kacay-kacau sekejap..

4.Masuk lada hitam

5.Nampak daging dah masak, masuk pulak cendawan + sosej

6.Lepas tu kan..masuk la susunya. Nak letak banyak lagi pun tak ada hal. Atas selera anak ramai.

7.Dah nampak macam nak gelegak tu, masuk cheese…kacau larut..

8.Dan kalau ada herba macam ni, masuk last sekali. Makcik letak parsley dan oregano.

9.Tada..siap dijamu, konpem melompat anak-anak. Makanan western kampung in the house!

*Sedap!

Sumber: Nurul Husna Mohamed Daud

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×