Dapur

Resepi Kuah Blackpepper Pekat Dan Ekspres, Memang Confirm Puas Hati!

9.7K
SHARES

Jika anda makan makanan Barat, sudah pastinya anda akan memilih kuah atau sos blackpepper sebagai pelengkap rasa. Namun, agak sukar untuk anda jumpa kuah blackpepper atau lada hitam yang mempunyai rasa yang sedap dan pekat dijual di restoran luar. Nak buat pun banyak sangat bahan yang diperlukan, tak cepat siap.

Jadi, wanita ini berkongsikan resepi kuah blackpepper ekspres yang sangat mudah dan boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja. Bahan pun tak banyak diperlukan dan yang paling penting adalah, ekspres!

Bahan-bahan kuah blackpepper express


– Sesudu mentega / butter

– Bawang putih

– Sos prego keju & herba

– Lada hitam

– Sesudu kicap manis

Cara-Cara

1. Panaskan kuali,masukkan majerin / butter

2. Tumis bawang putih (cincang) sampai naik bau

3. Masukkan sos prego keju & herba

4. Masukkan air sikit (ikut kepekatan yg korang nak)

5. Masukkan lada hitam yang dah ditumbuk kasar

6. Garam secubit, maggi cukup rasa secubit, gula secubit.

7.  Kicap 1 sudu (untuk colouring) wajib kicap manis ya..NO kicap masin. Siap!

Sumber: Yatt Sahdan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×