Dapur

Cara Buat Buttermilk Chicken Viral, Guna Resepi Ini Mesti Menjadi!

49
SHARES

Sebut sahaja menu buttermilk sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang membayangkan keenakan ayam rangup yang dimasak bersama kuah berkrim. Bukan itu sahaja, sudah banyak restoran termasuk restoran makanan segera yang menjual menu ini dan dipelbagaikan dengan bahan utama yang lain seperti udang atau sotong. Oleh itu, apa kata anda cuba pula menu buttermilk ini di rumah dan sangat sesuai untuk anak-anak bawa sebagai bekal ke sekolah. Sedap!

Baca juga: Resepi Burger Omelette Ala McD Untuk Sarapan, Roti Gebu & Telur Tebal!

Resepi Buttermilk Chicken

Bahan-bahan

-Isi ayam

-Tepung Bestari,

-Butter/margerin

-Susu cair

-Susu pekat

-Daun kari

-Bawang putih

-Cili padi

Cara memasak

1.Isi ayam yang digaul garam serta sikit gula disalut tepung Bestari goreng, ketepikan..

2.Panaskan 2 sudu besar butter/margerin

3.Tumis hirisan bawang putih & daun kari..

4.Dah naik bau.. Masukkan 1/2 tin susu cair

5.Dah mendidih… masukkan hirisan cili padi

6.Masukkan 2 sudu makan susu pekat, 1/2 cawan air (jika suka pekat, boleh tambah 1 sudu makan tepung jagung)

7.Bila dah mendidih… masukkan garam & sikit gula putih..

8.Akhir sekali.. masukkan isi ayam yang digoreng tadi… Tutup api.

Selamat mencuba!

Sumber: Nasriah Ramli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×