Dapur

Resepi Buko Pandan Pekat Melikat, Rasa ‘Sebijik’ Macam Di Filipina!

28
SHARES

Buko pandan merupakan manisan dari Filipina. Rasa lemak manis memang sedap dinikmati ketika panas untuk melegakan tekak dan dipadankan pula dengan isi-isi yang di dalamnya seperti kelapa, sumi dan agar-agar.

Cara pembuatannya nampak rumit tetapi sebenarnya mudah sahaja. Nak dapatkan buko pandan pekat melikat, anda perlu ikut resepi perkongsian Mr Ali di laman Facebook.

Baca juga: Rahsia Goreng Paru Rangup & Tak Liat Walaupun Dah Sejuk…

RESEPI BUKO PANDAN PEKAT MELIKAT, RASA SEBIJIK MACAM DI FILIPINA!

buko pandan

Sangat mudah & rasa sangat creamy. Buko pandan ni asalnya dari Filipina. Pencuci mulut mereka. Buko maksud dia kelapa ya sebab tu kalau buko pandan memang akan ada kelapa.

Buko ni sifat dia sangat mudah basi dan tak tahan lama sebab faktor air kelapa dan kelapa yang digunakan ditambah lagi dengan penggunan bahan tenusu dalam hidangan ni. Jadi resepi kali ni saya olah lain sikit ya. Ketahanan buko cuma 2-3 hari sahaja di dalam chiller.

Bahan-bahan: 

– Agar agar (ini untuk diletakkan dalam buko nanti)

– 10 g agar-agar serbuk yang warna hijau.

– 1 liter air

– 200 gram gula

buko pandan

Buko Pandan 

– 2 tin susu cair bersamaan: 780 gram

– 1 tin susu pekat bersamaan: 480 gram (boleh kurangkan)

– 1 setengah cawan Dairy Whipping Cream (375 gram)

– secubit garam

– isi 1 biji kelapa

– sumi atau puding kecil-kecil yang dah siap pack.

Cara-cara penyediaan: 

Agar-Agar 

– Masukkan 10 gram serbuk agar-agar warna hijau+ 1 liter + 200 gram gula. Simpulkan daun pandan.

– Kacau sebati sampai mendidih. Dah mendidih masukkan dalam loyang bersaiz 7 atau 8 inci.

– Biarkan agar-agar mengeras pada suhu bilik. Maksudnya biarkan agar-agar mengeras di luar sahaja. Renjiskan sedikit air pada loyang supaya senang nak keluarkan agar-agar.

buko pandan

Buko Pandan 

– Panaskan menggunakan api yang perlahan 2 tin susu cair, 1 tin susu pekat dan secubit garam.

– Kacau sebati dan teruskan kacau dalam 5-6 minit. Then off api. Biar susu tadi sejuk dulu dalam 10 minit.

– Dalam bekas yang lain, beat 1 setengah cawan Dairy Whipping Cream dalam 3-4 minit, kelajuan paling tinggi. Beat bukan sampai kental ya. Beat sampai keluar buih-buih sahaja.

– Masukkan whipping cream yang sudah diputar tadi kedalam susu yang dah dipanaskan tadi

– Kacau sebati dan baru masukkan bahan bahan lain: isi kelapa, agar-agar hijau tadi (bila agar-agar dah keras, potong petak-petak dalam loyang siap-siap ya) + sumi atau puding yang dah siap.

– Masukkan setitik dua pewarna hijau dan kacau sebati.

– Siap dan dah boleh makan. Sejukkan dulu dalam peti tau dalam sejam dua baru lagi sedap.

Selamat mencuba! Memang sedap dan puas hati.

Sumber: Facebook Mr Ali

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×