Dapur

Resepi Bubur Ayam Ala McD Paling Simple, Guna Nasi Lebih Je

9.4K
SHARES

“Alahai bila tengah tak sihat ni, memang tak selera nak makan. Senang masak bubur jelah. Boleh makan dengan anak-anak sekali.”

Bubur tentunya antara makanan yang paling mudah dimasak. Selain menjadi hidangan ‘orang sakit’, sebenarnya bubur adalah makanan yang versatile dan boleh dihidangkan pada bila-bila masa kalau kena dengan caranya.

Antara resepi bubur yang paling menyelerakan ialah bubur ayam. Dan yang popular tentulah bubur ayam McD. Memang sedap dan cukup rasa. Anak-anak pun suka sangat dengan bubur ayam, kan?

Mudah saja nak buat bubur ayam ala McD ni tau. Guna nasi lebihan semalam pun boleh. Dapat juga elakkan pembaziran.

Jom kita tengok resepi bubur ayam ala McD yang disumbangkan oleh saudari Nur Shakirah Shariffuddin ini.

Resepi Bubur Ayam Ala McD Paling Simple, Guna Nasi Lebih Je

Berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Beras / Nasi
  • Hirisan halia
  • Lada putih
  • 1/2 kiub pati ayam
  • Carrot (jika suka)
  • Minyak Bijan
  • Daun bawang / daun sup
  • Bawang goreng

Cara-cara

1. Rebus Ayam

Mula-mula kita rebus ayam. Lagi bagus kalau guna ayam bahagian dada / breast.

Potong sederhana besar dah ok sebab nanti kita akan carikkan isinya.

2. Masak Bubur Nasi

Serentak dengan tu masak bubur nasi dekat sebelah. Disebabkan semalam punya nasi tak habis lagi, saya guna nasi lebihan semalam je. Taknak membazir kan…

Kalau tak ada nasi lebih ni, bolehlah masak beras macam biasa dalam rice cooker. Cuma lebihkan air sikit.

Masukkan sekali hirisan halia ke dalam rebusan nasi / beras tadi.

3. Asing & Carikkan Isi Ayam

Bila ayam dah empuk/ masak, keluarkan ayam. Biar sejuk sekejap.

Air rebusan ayam tu boleh masukkan ke dalam bubur nasi tadi.

Agak-agak ayam dah sejuk dan dah boleh di pegang dengan tangan, carikkan isi ayam tu.

Nak carikkan dengan garfu pun boleh juga.

4. Masukkan Carrot

Bila bubur dah cantik elok kembang dah lembik, masukkan pula hirisan carrot dan ayam rebus yang dah dicarik tadi.

Sambil tu kena kacau selalu ya. Takut nanti nasi berkerak / hangit tak sedap nanti rasanya.

5. Perasakan

Seterusnya perasakan dengan garam dan lada sulah / lada putih.

Kalau suka, boleh letak 1/2 kiub pati ayam. Tapi kalau nak buat untuk bayi yang dah boleh makan, tak perlu letak. Biarkan kosong saja tanpa garam juga.

Kemudian saya tambah crispy garlic / bawang putih goreng kat dalam tu sekali. Lagi harum bau dia. Kalau tak ada boleh buat kejap. Hiris halus bawang putih dan goreng sampai garing.

Kemudian tunggu menggelegak.

Reaepi bubur ayam mcd

Siap Untuk Dihidang

Bila bubur dah menggelegak nanti tutupkan api. Masa nak makan nanti bolehlah taburkan daun sup / daun bawang, bawang goreng, dan lada sulah ikut suka. Kalau budak-budak mungkin lagi suka yang jenis kosong, terpulanglah ikut tekak masing-masing.

Akhir sekali, kalau ada minyak bijan di rumah, renjiskan sikit minyak bijan untuk menaikkan lagi aroma dan rasanya.

Resepi bubur ayam mcd

Haa beginilah hasilnya. Insya Allah sedap.

Walaupun kita buat bubur ni untuk orang sakit, selalunya mesti akan ada yang nak tumpang makan sekali. Jadi dinasihatkan masaklah lebih sikit ya!

Selamat mencuba.

*Resepi bubur ayam McD ini disumbangkan oleh saudari Nur Shakirah Shariffuddin menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh follow post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×