Dapur

Resepi Biskut Suji Arab Paling Simple & Sedap. 3 Bahan Je!

3.1K
SHARES
resepi biskut suji

Resepi Biskut Suji Arab Simple & Sedap

Bagi yang dah biasa buat cookies untuk Hari Raya, mungkin anda dah biasa dengan biskut suji atau biskut arab ni.

Ia antara biskut raya yang paling mudah nak disediakan dan menggunakan bahan yang sanagat minimum.

Hasilnya pula tak mengecewakan, selepas dibakar, ia akan mengeluarkan bau yang wangi, tekstur rangup dan rapuh, cair di mulut, serta rasa yang lemak manis.

Insha Allah puas hati kalau buat sendiri sebab prosesnya cukup mudah.

Untuk beginners pun bolehlah cuba, sebab ia sangat simple!

Tak percaya? Jom kita tengok resepi biskut suji arab di bawah ini.

Resepi Biskut Suji Arab Paling Simple & Sedap

Bahan-bahan

Bahan-bahan utama untuk membuat biskut suji / biskut arab ialah:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula halus (kalau tak ada gula halus, boleh kisar gula biasa atau guna gula aising)
  • 1 cawan minyak ghee@ sapi
  • *Hiasan terpulanglah nak bubuh ceri, kurma, atau sekadar kosong begitu saja. Pun dah cukup sedap!

*Bagi yang suka rasa susu, anda boleh sediakan susu tepung untuk golekkan biskut.

resepi biskut suji arab

Inilah bahan-bahan yang digunakan. Mudah sangat nak jumpa di kedai-kedai runcit biasa.

Cara penyediaan

  1. Satukan tepung dan gula.
  2. Kemudian masukkan minyak ghee sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh di uli atau dibentuk.
  3. Pastikan adunan tidak melekat di tangan.
  4. Bentukkan bulat dan susun dalam tray pembakar.
  5. Jika suka boleh hiaskan dengan ceri merah / hijau di tengah-tengahnya dan golekkan dengan susu tepung.
  6. Bakar selama 25-30 minit dalam suhu 170 darjah C.

Inilah gambar hasil uli tu. Pastikan dah tak melekat di tangan, lepastu baru dibentukkan.

resepi biskut suji arab

Bulatkan pakai tangan je senang.

Bentukkan dan susun elok-elok atas tray pembakar.

Ia tak akan mengembang banyak, jadi tak perlu jarakkan jauh sangat.

Boleh dibakar dengan oven, atas api pembakar orang dulu-dulu, atau boleh juga guna air fryer.

Sekarang ni dah makin ramai yang bakar kuih guna air fryer.

Baca juga: 8 Perkara Kena Faham Dulu Sebelum Beli Air Fryer. Tak Payah Ikut-ikut Orang

Inilah hasilnya selepas dibakar.

resepi biskut suji arab

Warnanya memang tak berubah banyak. Putih gebu macam tulah yang kita nak!

Jadi jangan risau. Boleh tunggu sejuk dulu kemudian rasa satu dan simpan selebihnya ke dalam balang.

Bukan apa, takut habis nanti masuk mulut semua…

resepi biskut suji arab

Oh ya, bagi yang nak buat tanpa topping, boleh juga cuba kosong macam tu saja. Tetap sedap tau.

Selamat mencuba!

(Kredit: Resepi Dapur Bidadari / Syima Marsyia)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×