Dapur

Resepi Biskut Baby 3 Bahan Paling Senang Nak Buat. Sedap, Lemak Rasa Susu!

2.8K
SHARES

“Dalam banyak-banyak resepi biskut baby, yang mana paling simple dan mudah nak buat untuk si kecil?”

Bila anak dah boleh makan memang mak-mak makin excited nak bagi anak makan macam-macam.

Tapi kalau boleh tentulah nak bagi makanan homemade yang lebih sihat dan diyakini bahannya kan?

Apa kata cuba resepi biskut baby 3 bahan paling mudah ni yang dikongsikan oleh Puan Maisara Nasir.

Katanya walaupun first time buat biskut baby ni, tapi hasilnya memang puas hati.

Sedap sangat rasanya. Bila makan tu cair di mulut, feeling dia macam makan biskut makmur… Rasa lemak-lemak manis gitu!

Memang sesuai sangatlah bagi pada baby walaupun yang belum berapa nak ada gigi. Boleh juga buat kudapan dan payahlah asyik nak beli dekat luar je. Lagipun kadang-kadang yang dekat luar tu manis-manis biskutnya. Selain tu dapat juga berjimat sekali.

Jadi tunggu apa lagi, jom kita tengok resepi biskut baby 3 bahan ini selengkapnya di bawah.

Resepi Biskut Baby 3 Bahan Paling Senang Nak Buat

Kali pertama buat biskut untuk Afeeya kudap-kudap petang ni.

Resepi biskut baby ni mudah sangat dan pakai kuantiti bahan yang sedikit saja.

Mula tu fikir kalau tak menjadi taklah rasa rugi.

Tapi alhamdulillah menjadi jugak….

Rasa dia memang sedap, lemak manis, baunya wangi dan cair di mulut. So yummy!

Yang nak cuba bolehlah ikut resepi biskut baby 3 bahan di bawah. Mudah sangat, confirm menjadi.

Saya bakar guna dapur gas je.

Bahan-bahan

  • 3 sudu unsalted butter
  • 1 cawan tepung jagung (saya guna cawan rice cooker)
  • 5 sudu susu tepung (saya guna susu tepung Fernleaf Full Cream )

resepi biskut baby 3 bahan

Cara-cara

1. Defrost Butter

Mula-mula sebelum nak buat kita keluarkan butter awal-awal dari peti sejuk dan masukkan ke dalam bekas.

Tunggu dia lembut sendiri, bukan dicairkan atas api atau guna teknik double boiled.

Pastikan tiada ketulan atau beku ya.

2. Masukkkan Susu Tepung

Lepas tu masukkan susu tepung ke dalam bekas berisi unsalted butter yang dah defrost tadi.

Kacau kedua-dua bahan ini sampai betul-betul sebati. Boleh kacau dengan tangan je.

Saya guna susu tepung Fernleaf Full Cream ni memang manis berlemak.

3. Masukkan Tepung Jagung

Kemudian barulah masukkan tepung jagung.

Uli-uli sehingga menjadi doh seperti dalam gambar di bawah ni.

resepi biskut baby

4. Bentukkan Doh

Langkah seterusnya bentukkan doh mengikut citarasa masing-masinglah nak buat bentuk apa ye.

Boleh juga letakkan topping jika suka.

Resepi biskut baby

5. Bakar

Akhir sekali bakar dengan suhu 150 darjah selama 20 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.

Boleh bakar menggunakan dapur gas jika tiada oven. Saya bakar guna dapur gas selama 30 minit.

Memandangkan ramai yang tanya macam mana bakar atas dapur gas, di sini saya tunjukkan langkahnya.

Cara Bakar Biskut Guna Dapur Gas

i) Saya bakar dalam periuk tinggi (dalam gambar yang sebelah kiri bunga-bunga tu.) Mommies boleh guna apa-apa periuk dekat rumah yang penting boleh ditutup. Letak periuk ni atas dapur gas.

ii) Kemudian letak besi ni ke dalam periuk. Besi ni boleh cari di Mr DIY atau Kedai Eco.

resepi biskut baby

iii) Susun biskut elok-elok. Dan tutup rapat periuk tu.

iv) Bakar guna api perlahan. Yang penting kena tutup. Biarkan 30 minit nanti masaklah biskut tu.

Mudah je kan?

Jadi tak payah risaulah kalau siapa yang tak ada oven dekat rumah tu.

Lepas ni bolehlah cuba resepi biskut baby 3 bahan yang sangat senang dan sedap ni.

Macam nilah rupa dia bila dah siap…

Nampak menarik kan hasilnya?

Rasanya bukan baby je suka, mak-mak pun mesti teringin nak makan nanti.

Selamat mencuba!

[Baca juga: Resepi Biskut Bayi Cair Di Mulut. Boleh Campur Susu & Jadi Bubur]

[Baca juga: Cara Mudah Buat Biskut Bayi Homemade. Sesuai Untuk ‘Teething’ & Boleh Buat Bubur!]

*Resepi biskut baby 3 bahan ini dikongsikan oleh Puan Maisara Nasir menerusi Group Facebook Happy Baby Foods Malaysia. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan resepi bolehlah dirujuk terus kepada posting asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×