Dapur

Resepi Bingka Ubi Lejen & Sedap. Tak Pakai Banyak Bahan Pun

Resepi bingka ubi

Mungkin ada yang suka makan kuih tradisional untuk breakfast, tapi sekarang ni susah juga nak cari kuih-kuih macam ni.

Kalau sebut kuih bingka ubi, saya paling suka bahagian tepi-tepi bingka. Yang hitam berkerak-kerak tu, memang sedap.

Ada yang suka? Kita geng!

Jom kita cuba resepi bingka ubi yang mudah ni. Tak guna banyak bahan pun sebenarnya.

Resepi Kuih Bingka Ubi Lejen Mudah & Sedap

Bahan-bahan

  • 4 cawan ubi kayu yang diparut
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 2 titik pewarna kuning telur

Resepi bingka ubi

Saya guna santan ni je.

Cara-cara

Parut ubi kayu bersih.

 

Resepi bingka ubi

Resepi bingka ubi

Kemudian barulah sukat hingga sampai 4 cawan.

Resepi bingka ubi

Masukkan dalam bekas bersama semua bahan.

Resepi bingka ubi

Kacau dengan senduk supaya sebati.

Bubuh pewarna kuning tu akhir sekali.

Masukkan adunan ke dalam loyang yang di oleskan marjerin.

Di atas adunan, letak tompokan marjerin.

Resepi bingka ubi

Panaskan oven pada suhu 200’C selama 10 minit.

Bakar pada suhu 180’C-200’C selama 45-60minit guna api atas bawah.

Siap!

Resepi bingka ubi

Inilah hasilnya.

Nampak sedap kan?

Resepi bingka ubi

Taklah susah mana nak buat kan?

So kalau teringin tu bolehlah cuba buat sendiri ikut resepi bingka ubi yang simple ni…

Selamat mencuba!

*Kredit resepi: Ct Mazni

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×