Dapur

Resepi Bihun PAMA Homemade & Jimat, Rasa ‘Sebijik’ Macam Beli

756
SHARES
resepi bihun pama

Ini dia resepi bihun PAMA homemade yang mudah dan sedap! Simple je rupanya…

Sape suka sangat bihun sup PAMA?

Benda ni dah lama viral tapi hari ni baru nak cuba. Bihun sup ala ala bihun sup segera brand PAMA versi jimat dan boleh makan sampai kenyang.

Senang, cepat dan sedap rasa dia sebijik macam bihun PAMA tu. Kita just tambah isi ayam dan telor goyang.
Tak menyesal cuba tau.

Jom kita tengok resepi bihun PAMA oleh yang dikongsikan di Facebook ini.

Memang simple tapi nampak menyelerakan betul… Teringat-ingat pula zaman belajar dulu.

P/S: Sukatan bahan agak agak sendiri ya.

resepi bihun pama

Resepi Bihun PAMA Homemade Mudah & Sedap. Lagi Jimat Buat Sendiri!

Bahan-bahan

  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ketul kiub ayam
  • 2 sudu lada sulah
  • 1 paket bihun (guna separuh saja)

resepi bihun pama homemade

Baca juga: Resepi Kuih Lopes Ekspres Guna Ketupat Palas / Lemang Instant. Sedap!

Cara-cara

  1. Bawang putih di cincang dadu dan tumis dengan sedikit minyak masak sehingga kekuningan. Ketepikan
  2. Rebus isi ayam bersama kiub pati ayam, garam dan serbuk lada hitam. Rebus hingga isi ayam masak.
  3. Kalau air rebusan berkurang, tambah air biar secukupnya.
  4. Letakkan bawang putih yg di tumis bersama minyak ke dalam rebusan ayam.
  5. Masukkan bihun ke dalam kuah sup (Bihun tak perlu di rebus terlebih dahulu ya)
  6. Pecahkan telur, dan biar sekejap hingga telor separuh masak. Perlahankan api gas.
  7. Last, taburkan daun sup dan cili flakes. Siap untuk di hidang. Boleh juga perah asam limau tau, lagi kick!

Serius sedaaaappp. Sebiji macam bihun pama paket tu. Puas hati tau makan satu family.

Selamat mencuba!

Kredit resepi asal & gambar: Zara Latif / Haniza Hamzah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×