Dapur

Resepi Ayam Tiram Thai Sedap & Mudah Sangat. Jom Cuba!

274
SHARES

Dalam beberapa hari ni, ramai yang kongsikan resepi ayam tiram penangan daripada video resepi KhairulAming.

Katanya ayam tiram Thai ni memang sedap walaupun sangat mudah nak buat.

Ia juga cukup special dan boleh dibuat sama ada untuk berbuka puasa mahupun bersahur atau untuk majlis-majlis keramaian.

Tak payah nak pening fikir nak makan lauk apa lagi dah… Lagipun bahannya pun taklah banyak sangat.

Di sini dikongsikan resepi ayam tiram Thai KhairulAming yang dicuba oleh oleh Aliza Azwan.

Resepi Ayam Tiram Thai Khairulaming

Berikut disenaraikan bahan-bahannya terlebih dahulu.

Bahan Perapan Ayam

  • 10 ketul Ayam 
  • 3 sudu besar Sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • garam/secukup rasa
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara Buat Ayam Bakar

  1. Perap ayam terlebih dahulu dengan semua bahan di atas.
  2. Kemudian bakar dalam air fryer/oven 180-200c selama lebih kurang 20 minit atau ikut oven masing-masing.

resepi ayam tiram thai khairulaming

resepi ayam tiram thai khairulaming

Baca juga: Resepi Nasi Hujan Panas Paling Simple Guna Beras Biasa Je. Sedap & Special!

Bahan Sos

  • 5 ulas bwg putih*
  • 4 biji cili padi merah*
  • 3 batang akar ketumbar* 
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu kecil kicap cair
  • 2 sudu besar gula
  • 1 biji perahan limau nipis/lemon
  • daun ketumbar yang dah dipotong halus. 

Cara Buat Sos

  1. Semua bahan bertanda* ditumbuk sampai lumat guna lesung.
  2. Gaul semua sampai sebati.
  3. Dah siap bolehlah curah atas ayam.

resepi ayam tiram thai

Ini bahan-bahan yang ditumbuk dan dicampurkan sebati.

resepi ayam tiram thai

Dah siap untuk dihidang dengan ayam.

Ikutlah nak curah banyak mana atau kalau lebih suka asingkan boleh asingkan.

resepi ayam tiram thai

Tadaaa…. Nampak menyelerakan tak?

Bolehlah cuba nanti.

Cepat je dah siap.

Simple sangat dan tak perlu banyak bahan pun.

Bolehlah gabungkan dengan nasi ayam ke, nasi hujan panas, atau makan dengan nasi kosong pun sedap dah sebenarnya.

Cuma perlu lengkapkan dengan salad dan lengkaplah nutrisi suku-suku separuh tu.

Selamat mencuba!

 

*Kredit: Aliza Azwan via Resepi Air Fryer Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×