Dapur

Tak Payah Mixer & Blender. Ini Resepi Apam Coklat Gebu Gebas Gaul Tangan Je. Gerenti Jadi!

4.3K
SHARES
resepi apam coklat simple

RESEPI APAM COKLAT SIMPLE, GEBU GEBAS. GERENTI JADI!

Wah, best juga kalau sesekali buat apam sendiri dekat rumah kan?

Dapat makan panas-panas, sambil hirup kopi atau teh… Fuh memang terbaik!

Jom kami kongsikan resepi apam coklat gebu gebas paling simple oleh Asrinna Bakri.

Nampak sangat menyelerakan dan anti-gagal katanya…. Jom follow resepi beliau selengkapnya di bawah ini.

Resepi Apam Coklat Simple, Gebu Gebas. Gerenti Jadi!

Kadang-kadang tu kering idea dah apa nak dihidangkan untuk minum petang.

Lagi-lagi masa PKP ni, semua ada kat umah. Sentiasa ulang alik dapur cari makan.

Ni As nak kongsikan resepi apam coklat mudah dan confirm jadi.

Gebus dan lembut sangat.

Anak-anak mesti suka sebab rasanya coklat pahit-pahit manis.

Buat minum petang pasti happy sekeluarga yang menikmati.

Bahan-bahan

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan marjerin
  • 1 cawan susu cair
  • 3 biji telur gred A
  • 1 ¼ cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil baking soda

Cara-cara

1. Satukan serbuk koko, gula, marjerin dan susu cair dalam kuali.

resepi apam coklat simple

2. Panaskan dengan api sederhana.

Sekadar nak sebatikan bahan dan larutkan gula.

Sejukkan.

3. Ayak tepung, baking powder dan baking soda bersama.

resepi apam coklat simple

4. Tuang sikit-sikit tepung dalam adunan. Gaul sebati.

resepi apam coklat simple

5. Sapukan minyak pada acuan. Tuang aduan dalam acuan.

Kukus 30 minit. Pastikan air kukusan telah panas mengelegak ye.

Selamat mencuba.

As jamin resepi ni anti gagal.

Pasti kejadiannya gebu gebas tak sabar nak makan.

Save dan share tau!

Baca juga: Resepi Korean Garlic Bread Guna Roti Gardenia Je. Lagi Rangup, Memang Sedap!

*Kredit resepi: Asrinna Bakri 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×