Dapur

Tak Larat Nak Beratur, Wanita Kongsi Cara Buat Aiskrim Ala Bubble Bee Yang Sedap & Jimat Poket!

145
SHARES
resepi aiskrim bubble bee

Mungkin ramai yang dah lama teringin nak makan aiskrim boba honeycomb yang popular di cawangan Bubble Bee yang dibuka oleh artis terkenal, Shuib.

Sehingga hari ini, difahamkan setiap cawangannya sering penuh dengan pelanggan yang setia beratur menunggu giliran untuk mendapatkan aiskrim di sana.

Tentunya menu di sana cukup istimewa.

Apapun, di sini kami ingin kongsikan sebuah resepi aiskrim ala Bubble Bee buat anda yang teringin nak mencuba tapi tak berkesempatan lagi untuk ke sana.

Walaupun taklah sama 100%, tapi bolehlah kita merasa dan sekadar lepas ‘kempunan’.

Jom tengok resepi aiskrim Bubble Bee hasil perkongsian oleh Li Yow ini:

Resepi Aiskrim Ala Bubble Bee

Dah lama dah teringin boba kedai retis famous tu.

Tapi nak beratur tu yang ampun. Memang tak sanggup.

Tak tahu pulak bahan-bahannya ada boleh kita cari secara online ja.

Ni baru sampai barang-barang yang saya order, terus buat la.

Boleh cuba kalau berminat.

Resipi mudah. Jimat poket.

Bahan-bahan

  1. Honey boba pearl (rebus dalam 15 minit).
  2. Honey comb
  3. Corn flakes
  4. Ice cream vanilla (kalau aiskrim susu lagi best)
  5. Boleh tambah buah-buahan kalau nak.

*honey comb dengan boba madu tu boleh beli kat Shopee. Macam-macam jenama ada.

Boleh tengok dekat bawah ni bahan yang saya guna:

Aiskrim vanila

Cornflakes boleh guna yang ni atau apa-apa perasa yang kita suka

Ni honeycomb

Ni honey boba pearl. Rebus dalam 15 minit sebelum makan.

Lepastu cedokkan semua bahan satu persatu ikut suka kita nak banyak mana kuantiti setiapnya.

Agak-agaklah ya.

Bolehlah sekadar nak melepas kempunan kan…

Simple kan?

Selamat mencuba.

*Resepi aiskrim ala Bubble Bee ini diolah oleh Li Yow dan dikongsikan di Facebook. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila rujuk posting asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×