Dapur

Cara Buat Air Penyejuk Badan Viral, Sekali Minum Terus Jatuh Cinta!

66
SHARES

Kurma cina dan buah goji mengandungi banyak khasiat dan sangat sesuai diamalkan untuk kesihatan dalaman dan juga luaran. Antara khasiatnya ialah meningkatkan kesihatan kulit, mencegah penyakit jantung dan memilhara fungsi otak.

Kalau anda nak beli kurma cina boleh dapatkan di kedai herba Cina. Selain kurma cina, ada juga tambahan lain seperti peach gum dan kembang semangkuk untuk dijadikan minuman. Sedap dan sungguh menyegarkan. Kalau pertama kali minum, pasti anda terus jatuh cinta. Jom kita tengok perkongsian Nor Asiah di laman Facebooknya.

Baca juga: 30 Idea Air Sedap Untuk Berbuka, 1 Hari 1 Air Kena Cuba!

CARA BUAT AIR PENYEJUK BADAN VIRAL, SEKALI MINUM TERUS JATUH CINTA

Siapa-siapa yang tanya saya letak apa dalam air penyejuk badan, ini saya nak tunjuk. Bila minum air ni memang badan akan rasa fresh. Antara menu wajib dalam bulan puasa. Pergi kedai ubat cina, semua bahan-bahan ni ada jual.

Bahan-bahan diperlukan:

  • Buah goji
  • Bud ros
  • Teh bunga
  • Cendawan putih kering
  • Kurma cina
  • Buah mata kucing kering
  • Peach gum
  • Buah kundur
  • Kembang semangkuk
  • Biji lotus
  • Gula batu
  • Gula sarang lebah
  • Wintermelon (air mata kucing)
  • Biji selasih
  • Daun pandan

Cara-cara penyediaan:

– Buah lotus dan peach gum kena rendam sekurang-kurangnya 2 atau 3 jam. Cendawan putih pun sama, kena rendam dulu.

– Kembang semangkuk dan biji selasih rendam sekejap sahaja. Kalau tak nak pun boleh juga.

– Bahan-bahan lain rebus agak-agak dalam 20 minit. Buah goji, bud rose dan teh bunga letak last sekali sebab kecil. Masuk dalam 10 minit tutup api.

– Kalau nak letak bahan sikit-sikit pun boleh sahaja tapi saya suka letak banyak. Rasa lebih fresh.

– Siap dan sedia untuk diminum. Minum suam-suam memang puas hati. Rugi kalau tak cuba!

Nampak sedap kan? Berbuka nanti boleh buat.

Sumber: Facebook Nor Asiah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×