Rayuan BPR Dibuka Sehingga 30 Jun 2021
Tempoh rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun ini bagi membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini.
Dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada mereka yang telah ditolak permohonannya masih diberi peluang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
Bagi anda yang ingin membuat rayuan sila rujuk kod tidak lulus dan kemukakan dokumen yang diperlukan untuk memudahkan pemprosesan.
Rujuk langkah-langkah membuat rayuan BPR Fasa 2 dan dokumen yang diperlukan di bawah.
Rayuan BPR Fasa 2
Untuk membuat rayuan, sila rujuk langkah berikut:
- Pergi ke Portal Rasmi BPR, https://bpr.hasil.gov.my
- Klik pada ikon ‘Rayuan’ (mulai 15 Jun 2021)
- Masukkan nombor kad pengenalan (Mykad) dan klik pada butang carian.
- Ikuti langkah berikutnya dan lengkapkan borang sehingga selesai.
- Pastikan anda mengemukakan dokumen sokongan sebagai bukti / tindakan terhadap kod alasan tidak lulus BPR Fasa 2.
Kod Tidak Lulus BPR Fasa 2 (Dikemaskini)
Sila rujuk kod tidak lulus BPR Fasa 2 dalam lampiran di bawah:
Muat turun KOD ALASAN TIDAK LULUS BPR dalam PDF di sini: https://bpr.hasil.gov.my/Download/KodTidakLulusdanDokumenSokongan.pdf
Tarikh Bayaran / Semakan Kelulusan
Pembayaran rayuan BPR kepada pemohon yang lulus akan disalurkan mulai Ogos 2021.
Baca juga : PEMERKASA PLUS: Bayaran BPR Tambahan RM500 Akan Dikreditkan Jun Ini
Urusan Di Kaunter BPR Hanya Melalui Temujanji Online
Sementara itu, LHDN mula membuka kaunter untuk rayuan permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) hari ini.
Kaunter khas itu akan dibuka dari 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari berdasarkan waktu bekerja bagi setiap negeri dan melalui janji temu sahaja.
Ia juga terhad kepada pelanggan yang berisiko rendah berdasarkan aplikasi MySejahtera.
Link janji temu online LHDN di kaunter BPR: https://bpr.hasil.gov.my/myBPR/eApp/eTemuJanji.aspx
Maklumat Lanjut
Sila hubungi nombor hotline BPR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) 1-800-88-2747 dan hotline BPR di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut:
03-8882 4565
03-8882 4566 ATAU
Sila hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:
03- 89111000
Jangan lupa buat permohonan berdasarkan tarikh yang ditetapkan ok!