Tahun ni raya ke-4 dah mula bekerja kan? Tak puas lagi beraya… Membuak-buak perasaan nak beraya tu kan? Ye la! Tak sempat pergi rumah terbuka kawan-kawan dan sanak saudara terdekat. Kalau tak makan free la jawabnya!
Ha! Jangan la sedih-sedih tau, kita kan ada Rumah Terbuka Mitraland@Gravit8. Meriah sangat! Ada macam-macam aktiviti. Paling best sebab mereka ada pelbagai jenis juadah makanan yang awesome. so, anda kena lock date pada 30 Jun nanti.
Ada Pop-Up Bazaar!! Malaysia Street Food Pun Ada!
Untuk pengetahuan anda semua, sambutan Hari raya Aidilfitri bersama Mitraland@Gravit8 ada banyak perbezaan dengan rumah terbuka yang lain. Bukan sahaja anda boleh join pelbagai aktiviti mereka tetapi mereka ada Pop-Up Bazaar dan Malaysia Street Food juga.
Dekat Pop-Up Bazaar ni ada pelbagai barangan dijual antaranya ialah aksesori wanita,barangan kecantikan, lukisan, barangan antik, biskut dan pelbagai lagi.
Lebih dahsyat lagi mereka ada sediakan pelbagai juadah yang menarik seperti nasi lemak Sotong, nasi lemak rendang, roti jala dengan kari, mee rebus, sate, kambing golek serta kuih-muih melayu yang anda boleh redeem dengan menggunakan baucer yang mereka sediakan.
Terhad hanya kepada 300 orang sahaja tau! Siapa cepat dia dapat.
Ada Pelbagai Aktiviti Menarik…Wow!
Bagi anda yang ada anak kecil tu, chill je sebab nanti akan ada plbagai aktiviti untuk anak anda join seperti Ketupat Weaving dan juga Ramadhan Lantern Making.
Jadi anda tak perlu risau bila anda nak tinjau sekeliling galeri Mitraland @ Gravit8 sambil dengar promosi yang mereka ada sebab anak anda terjaga bahkan sedang berseronok.
Ada Persembahan Live Musician!
Lebih havoc lagi acara Rumah Terbuka Mitraland turut di meriahkan oleh persembahan Kita:Orang Busker secara langsung. Bestkan? Anda juga bakal dihiburkan dengan muzik Acoustic Pop & Folk.
Jadi apa lagi yang anda semua tunggu? Jom serbu Galeri Mitraland@ Gravit8 sekarang jugak dan join pelbagai aktiviti yang mereka sediakan. Ada pelbagai juadah makanan. Jadi make sure save date anda pada 30 Jun dan serbu Galeri mereka.
Krew Rojaklah, akan turut serta pada Rumah Terbuka Mitraland@ Gravit8 kali ini bagi sama-sama menyaksikan pengumuman pemenang Freehome.
Tiada Lagi Yang Mustahil Dengan Andaman Residences!
Untuk pengetahuan anda, Andaman Residences menawarkan rumah dengan saiz idaman setiap keluarga iaitu 717 kaki persegi hingga 1128 kaki persegi dengan sebut harga hanya pada RM 398K ke atas.
Jangan tak tahu pulak yang kediaman ini didatangkan dengan 2 parkir kereta, penghawa dingin dan set lengkap kabinet dapur.
Bukan itu sahaja. Andaman Residences merupakan sebuah kediaman moden dan mewah dimana suis pintu utama, lighting dan penghawa dingin boleh dikawal hanya dengan menggunakan smartphone sahaja.
Lebih menarik lagi, kediaman pintar ini boleh dikawal mengguna kawalan suara. Anda nak suis on kan televisyen? Lighting? Penghawa dingin? Langsir? Semua boleh! Siap boleh rakam video sekitar rumah lagi. Letupkan?
Kalau nak tahu setiap kemudahan yang disediakan oleh Andaman Residences adalah bersifat smart komuniti. Ini melibatkan sentuhan jari, tempahan fasiliti, video interkom dan sistem penyelenggaraan bangunan.
Selain itu, kawasan kediaman ini juga cukup strategik kerana berdekatan dengan Lebuhraya KESAS. Dekat dengan kawasan LRT tau. Lepas ni mudah la anda nak gunakan pengangkutan awam. Paling best sebab mereka ada tasik seluas 8 ekar. Hebatkan?
Jadi, jom la datang dan lihat apa yang mereka tawarkan khusus buat anda. Kini memiliki rumah idaman bukan lagi sesuatu yang mustahil dengan adanya Andaman Residences.
**Tertakluk kepada terma dan syarat.
**Sementara stok masih ada
Anjuran: Andaman Residences
Masa: 10 pagi- 6 petang
Lokasi: Gravit8 Sales Gallery
Waze: Gravit8
Website: Gravit8
Facebook: Gravit8