Hebahan

Rawatan Terbaru Untuk Melasma dan Kontur Badan Yang Berkesan

1
SHARES

Berdasarkan kajian terbaru yang dijalankan oleh MarketsandMarkets (http://www.marketsandmarkets.com/)1,perubatan kecantikan global dijangka berkembang pada kadar CAGR 10.8% dari 2015 ke 2020. Di kalangan semua pasaran, rantau Asia Pasifik dijangka berkembang paling tinggi dengan CAGR 12.6% untuk lima tahun akan datang.

Di Malaysia, peningkatan kesedaran orang awam, promosi pelancongan kesihatan oleh kerajaan dan bertambahnya bilangan pengamal perubatan terlatih telah menyebabkan bercambahnya klinik kecantikan di seluruh negara, tujuh kali ganda sejak sedekad yang lalu. Pusat-pusat ini bukan sahaja tertumpu di Lembah Klang, tetapi juga di Pulau Pinang, Johor, Melaka, Sabah dan Sarawak, yang menyokong peningkatan popularitinya.

PicoSure demonstration_2

Dengan kemajuan teknologi di pasaran kecantukan, pengguna semakin berminat dengan profail keselamatan dan kemudahan prosedur-prosedur yang mereka inginkan. Prosedur kecantikan tidak invasive semakin digemari dan merupakan trend pada masa kini, dan menyebabkan pertumbuhan alat berasaskan-tenaga di dalam industry. Kebanyakan daripada rawatan adalah lebih kos efektif berbanding prosedur secara pembedahan konvensional. Peningkatan populariti rawatan berasasan laser akan menyebabkan penerimaan prosedur laser di dalam pasaran.

Alat laser konvensional bergantung kepada haba atau kecederaan berasaskan haba bagi mengatasi masalah kecantikan. Tetapi, rawatan kulit laser sering dikaitkan dengan kepayahan termasuk eritema signifikan dan kemerahan. Namun alat laser telah menjadi semakin baik mengikut peredaran masa. Dari mikrosaat, nanosaat, sehinggalah pikosaat yang terkini, teknologi laser pikosaat PicoSure® kini bergantung kepada stimulasi kesan fotomekanin pada kulit yang menghasilkan penyegaran semula kulit yang komprehensif. US FDA telah membenarkan laser pikosaat PicoSure® bagi merawat tatu yang ingin dibuang, luka berpigmen, parut berjerawat dan kedutan.

SculpSure demonstration_1

Melasma adalah masalah biasa di kalangan wanita Asia yang mempunyai kulit yang lebih gelap. Rawatan laser pikosaat boleh mengawal melasma dan mengurangkan pigmentasi. Semasa Forum Cynosure APAC di Bangkok yang diadakan pada bulan Jun, Dr. Carl Cheng daripada Taiwan telah berkongsi sebuah konsep baru yang digelar “Picotuning” bagi merawat melasma. Rawatan PicoSure® dan Focus telah membenarkan doktor untuk menyesuaikan rawatan dengan pesakit dan keputusannya boleh diperolehi dengan rawatan yang lebih sedikit.

Kontur badan pula merupakan amalan klinikal baru teknologi laser yang dikongsi pada Forum Cynosure APAC. Dengan meningkatnya obesiti di seluruh dunia, permintaan pesakit untuk kontur badan dijangka meningkat 15.4% sehingga 20192. Senaman adalah penyelesaian terbaik untuk mengurangkan obesiti, tetapi kadangkala ia bukanlah kaedah terbaik bagi menyasar lemak degil di bawah abdomen, pinggang, peha dan pinggul. Sebuah laser kontur badan baru SculpSure®, hanya mengambil masa 25 minit. Selepas percubaan, lebih daripada 90% pengguna memberi maklumbalas positif3.

SculpSure System

“Kami telah memerhatikan peningkatan untuk laser kecantikan di Asia dan Malaysia. Cynosure, pengeluar terkemuka untuk alat laser kecantikan, sangat komited untuk memberikan penyelesaian dan perkhidmatan kepada pengguna. Baru sahaja menyambut ulangtahun ke-25 kami, kami akan terus membina dengan sains, dan menambah kepelbagaian produk.” ujar Encik Bruce Byers, Naib Presiden, APAC Sales Cynosure.

PicoSure_Beauty_shad_med_HR

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.cynosure.com/connect-and-learn/contact-us/ dan isi boring tersebut dan wakil daripada Cynosure akan berhubung secara terus dengan anda.

 

Rujukan:

  1. http://www.marketsandmarkets.com/Market-Reports/medical-aesthetics-market-885.html
  2. Medical Insight Inc. “Energy Based Body Shaping/Skin Tightening.” Medical Insight, Inc. 2015.
  3. Katz B, Doherty S. A multicenter study of the safety and efficacy of a non-invasive 1060 nm diode laser for fat reduction of the flanks. Paper presented at: 2015 Annual American Society for Laser Medicine and Surgery Conference; April 22-26; Kissimmee, FL.

 

Mengenai Cynosure, Inc.

Cynosure (Westford, Mass.) merupakan pendahulu di dalam alat perubatan dan prosedur kecantikan. Produk-produk dijual dengan menggunakan jenama Cynosure, Palomar, ConBio dan Ellman brands.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×