Sihat

Rawat Selsema & Batuk Berkahak Anak Dengan Teknik Tepuk Percussion, Mesti Lega!

211
SHARES

“Anak aku ni dah lama selsema asyik tersumbat saja hidung dan berkahak. Katanya boleh guna teknik tepuk percussion, tapi macam mana eh?”

Teknik tepuk percussion adalah salah satu cara yang digunakan untuk mengubati masalah selsema dan batuk berkahak dalam kalangan anak-anak. Teknik ini juga menggunakan cara steaming yang mudah sahaja untuk dilakukan. Jom kita tengok panduan berdasarkan

KAEDAH TEPUK PERCUSSION

Anak bongsu saya, Ameer Zuhayr selsema dan batuk berkahak. Minggu lepas, beliau demam. Pakej nak masuk 7 bulan dan tumbuh 2 batang gigi baru menjadikan jumlah “senjata” dia cukup 4 batang. Memang padu dan perit. Ibu menyusu mungkin faham.

Tak tahan melihat dia susah nak bernafas dan batuknya berbunyi, saya ambil pendekatan untuk buat stim dan tepuk percussion. Kaedah ini saya belajar daripada Dr Nadir Khan dari Klinik Wangsa dan juga bahagian fisioterapi KPJ Ampang Puteri sebelum ini.

Tujuannya untuk melonggarkan kahak pada paru-paru dan mengeluarkan mukus (hingus), jika ada. Kanak-kanak bawah 2 tahun, mana ada ubat khas untuk batuk selsema, kan. Jadi doktor saran guna kaedah ini. Diingatkan, ini hanya kaedah alternatif menggunakan natural remedi. Mohon rujuk doktor bagi mendapat rawatan sewajarnya ya. 

http://rootofscience.com/

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

1. Periuk nasi

2. ‎1 labu bawang putih (8-10 ulas)

3. ‎Air

4. ‎Lemon (tiada di rumah, saya tak guna bagi sesi ini)

http://nationalgeographic.co.id/

Kaedah penyediaan air stim.

1. Tuang air dalam periuk nasi.

2. ‎Tumbuk bawang putih secara kasar. Tak perlu lumat. Saya tumbuk sekali dengan kulitnya. Dasar malas. Haha

3. ‎Masukkan ke dalam periuk. Tekan butang Cook/ON.

4. ‎Tutup periuknya dan tunggu sehingga air mendidih.

Kaedah stim dan tepuk percussion.

1. Tutup suis periuk. Letakkan di lantai.

2. Letakkan kerusi bersebelahan periuk. Untuk kita duduk.

3. ‎Tiarapkan anak di atas riba. Boleh bedung anak terlebih dahulu, jika risau dia kuat meronta. Saya hanya peluk Ameer dan tundukkan kepalanya ke arah periuk.

4. ‎Buka penutup dan halakan kepala anak pada stim. Pastikan jaraknya tidak terlalu dekat. Stim amat panas dan boleh mencederakan anak. Sudahlah selsema dan batuk, tambah melecur pula nanti. Naya. Haha

5. ‎Tepuk secara ‘cupping’ pada bahagian belakang dadanya. Gambarnya saya sertakan sekali di bawah. 5 minit di sebelah kanan. Rehat. Jika ada hingus yang meleleh, bolehlah lap waktu ini. Kemudian, teruskan 5 minit lagi di bahagian kiri.

6. ‎Pusingkan anak menghadap kita dan tepuk pada bahagian dada kiri dan kanan, sama seperti langkah 4.

7. Anak bakal melalak, kau steady sahaja. Itu pentingnya ada bekalan hati kering. Haha Doktor kata, lagi dia menangis lagi bagus. Paru-paru dia akan terbuka. Stim banyak masuk, maka cairlah kahak itu semua. Gitu.

8. Selalunya saya buat 15-20 minit. Ikutlah keadaan. Saya akan pastikan sehingga hingusnya berwarna jernih.

9. Selesai, angkat balik periuk tadi ke tempat asal. Pantang anak-anak saya tengok benda pelik atas lantai. Ada saja yang gatal tangan nak sentuh.

Ini cara tepuk ‘cupping’. Bunyi tepuk akan kedengaran kuat ya amat macam kau mendera anak. Tapi rilek, itu memang sound effect dari tepuk begini.

Saya rasa macam menang anugerah bila tengok hingusnya yang berwarna hijau pekat berjuraian keluar dari hidung. Puas hati weh. Kahak/hingus ini mungkin keluar dari hidung dan mulut. Kalau takde, kool sahaja. Dia keluar kat bawah. Hat dalam pampers. Doktor saran untuk ulang 1-2 kali sehari. Siaplah, kita repeat petang ini ya Ameer. Sambil buat stim, Ummi pun buat facial sauna. Lepas stim dan percussion tadi, saya mandikan dia. Tak sampai 10 minit lepas menyusu, terus terbongkang tidur.

Sumber : Siti Nurain Mohd Amin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×