Rakyat

Ramai Ibu Bapa Sokong Tangguh Persekolahan Hingga Malaysia Bebas COVID-19 Sepenuhnya

53.5K
SHARES

Jika diikutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sepatutnya bakal berakhir 14 April ini.

Walaupun tempoh lanjutan belum lagi diumumkan, namun ramai ibu bapa berpendapat bahawa sesi persekolahan perlu ditunda sehingga kes COVID-19 betul-betul  reda.

Begitulah pandangan yang disuarakan oleh kebanyakan ibu bapa, guru dan rakyat Malaysia menerusi media sosial Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin

Ramai ibu bapa, guru dan pelajar yang memberi pandangan di media sosial saya dan KPM berkaitan pembukaan semula sesi…

Posted by Dr Radzi Jidin on Saturday, April 4, 2020

Dalam hantaran di Facebook tersebut, Dr Radzi mengatakan bahawa beliau mengalu-alukan pandangan berkaitan pembukaan semula sesi persekolahan.

Hantaran yang dibuat semalam itu mendapat mendapat lebih 3 ribu komen dan hampir 4 ribu perkongsian di media sosial.

Rata-rata ibu bapa masih berasa risau untuk memghantar anak ke sekolah sekiranya sesi persekolahan bermula selepas 14 April ini.

Walaupun ada juga yang risau anak-anak ketinggalan pelajaran, namun sesi pembelajaran online masih boleh diteruskan. Namun, ia mungkin kurang praktikal bagi sesetengah subjek atau bagi mereka yang tidak mendapat akses internet.

Terdapat juga cadangan menggantikan cuti akhir tahun dengan sesi persekolahan bagi membolehkan mereka menghabiskan silibus yang terpaksa ditangguh ketika tempoh PKP.

Ada juga yang berpendapat peperiksaan utama perlu ditangguhkan.

 

 

Yang penting, semua cadangan ini akan diambil kira dan bakal dibincangkan oleh pihak KPM agar keputusan yang terbaik dapat dicapai bersama-sama.

Jadi, apa kata anda?

Jika anda mempunyai cadangan atau pandangan, sila suarakannya di ruangan komen yang boleh dibuat melalui Facebook Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau Dr Radzi Jidin.

Semoga semuanya baik-baik saja. Teruskan duduk di rumah supaya wabak ini dapat dihapuskan bersama ya!

#StayAtHome

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×