Hebahan

Rakyat Malaysia Adalah Penginap Hotel Yang Kerap Dan Beretika

10
reads

 

Expedia.com.my® 2016 Tinjauan Etika Hotel mendapati majoriti rakyat Malaysia menginap di hotel setiap tahun dan tidak melanggar sebarang peraturan.

exp_hotel-etiquette-release-infographic-01

Expedia.com.my® mengeluarkan keputusan Expedia.com.my® 2016 Tinjauan Etika Hotel yang melihat tingkahlaku pelawat apabila mereka tinggal di hotel. Tinjauan ini dijalankan bagi pihak Expedia oleh GfK Custom Research di kalangan mereka yang berusia 18+ tahun yang pernah menginap di hotel. Di Malaysia, tinjauan ini disebarkan ke seluruh negeri di Malaysia.

Simon Fiquet, Pengurusan Besar bagi Asia Tenggara dan India kumpulan Expedia berkata: “Kami di Expedia ingin memastikan perjalanan yang lebih mudah, dipercayai dan menyeronokkan bagi pelanggan-pelanggan kami. Disebabkan ini, kami menjalankan tinjauan setiap tahun bagi memperbaiki pengalaman yang diperolehi pelanggan kami.”

Pelawat Impian 

Rakyat Malaysia mengharapkan layaran bilik yang beserta dengan Wi-Fi, tetapi mereka jarang melanggar peraturan hotel.

Hanya 10% daripada responden membenarkan ramai orang tidur di bilik mereka tanpa memberitahu pihak hotel atau membawa pulang keperluan harian balik ke rumah.

Hanya 3% telah mengaku pernah merokok di bilik tidak merokok, manakala hanya 1.1% menggunakan nama palsu atau membawa masuk binatang peliharaan tanpa memberitahu hotel.

Sila Senyap!

Kajian menunjukkan 57% responden tinggal di hotel untuk berehat. Sebanyak 64% mengundi bahawa pembuat bising di luar bilik hotel merupakan perkara yang paling tidak digemari.

 

Mengenai Tinjauan Ini

Kajian ini telah dijalankan di atas talian menggunakan GfK “KnowledgePanel”.

 

Mengenai Expedia.com.my®

Expedia.com.my® menawarkan pelbagai pilihan hotel, aktiviti dan perkhidmatan pelancongan pada harga yang menarik.

Yang Popular

To Top