Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang sangat harmoni. Walaupun masyarakat kita terdiri daripada latar belakang yang berbeza, tetapi nilai murni yang dipupuk sejak sekian lama telah menjadikan kita semua sehati sejiwa.
Bercakap mengenai hebatnya orang kita, Cadbury Dairy Milk antara jenama yang komited dalam menyebarkan mesej kebaikan menerusi hashtag #GoodnessInEveryone dan #SaluteTheGoodness.
Menyambut baik usaha murni Cadbury Dairy Milk, mari kita imbau kembali 5 kisah viral yang pernah buat ramai tersentuh hati. Semoga dengan perkongsian kisah-kisah inspirasi seperti ini, lebih ramai mendapat manfaat dan kebaikan daripadanya!
1. Hadiah hari lahir kakak untuk mak ayah
Perkongsian Siti Sarah menerusi laman facebook miliknya ternyata membuatkan ramai yang sebak saat beliau menceritakan kembali pengalamannya sewaktu menghantar hadiah ke rumah ibu bapa salah seorang pelanggan.
Menurut Siti Sarah, kedua ibu bapa pelanggan tersebut merupakan OKU penglihatan. Namun apa yang mengagumkan, mereka berdua tidak lokek dengan senyuman sewaktu menyambut kedatangan Sarah.
Sempena meraikan hari lahirnya, pelanggan yang dikenali dengan gelaran ‘kakak’ itu sebenarnya mengirimkan hadiah kepada ibu bapanya sebagai menghargai pengorbanan mereka yang bersusah payah membesarkannya hingga berjaya seperti sekarang. Semoga kita semua dapat menjadi anak yang baik seperti ‘kakak’!
2. ‘Setiap kali cikgu melihatnya, cikgu akan ingat kepada saya’ – Taufiq
Meskipun hanya dua bulan berkhidmat sebagai guru sandaran, pengguna Twitter @fitriazmann atau Fitri terharu apabila diberikan hadiah oleh murid-muridnya pada hari terakhir berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Sg Telor.
Lebih istimewa, salah satu hadiah yang diterima guru muda itu ialah gasing mainan ‘beyblade’. Menerusi surat yang ditulis murid bernama Taufiq, dia berkata ‘beyblade’ itu diberikan supaya dia sentiasa diingati oleh gurunya setiap kali melihat barang tersebut. Malah, Taufiq turut memberitahu bahawa gasing mainan itu merupakan barang kesayangannya tau.
3. Tak pilih kasih, guru bantu murid pendiam
Kerjaya sebagai seorang guru tak semudah yang disangka. Mungkin pada sesetengah orang tugas guru hanyalah mengajar saja. Tapi sebenarnya tanggungjawab mereka lebih besar.
Memetik kisah yang dikongsikan oleh pengguna Twitter bernama @amymistika atau Orked, beliau tidak lokek berkongsi pengalamannya membantu seorang pelajar Cina yang pendiam dan pemalu sewaktu bergelar guru praktikal di sekolah tersebut.
Menurut Orked, pelajarnya yang bernama Yip Kah Shzen itu sering diabaikan oleh rakan-rakan dan guru-guru lain memandangkan dia banyak mendiamkan diri, duduk membisu dan hanya memandang meja.
Menyedari perkara tersebut, Orked tekad untuk membantu Kah Shzen dengan memberi lebih perhatian kepadanya. Misalnya setiap kali tiba giliran mengajar, Orked akan mendekati Kah Shzen untuk mengajaknya berinteraksi.
Lebih mengagumkan, Orked juga sanggup bertemu guru-guru lain yang pernah mengajar Kah Shzen semata-mata untuk mengetahui latar belakang dan peribadi pelajarnya itu.
Walaupun pada permulaannya agak sukar untuk mendekati pelajar berkenaan, tetapi berkat usahanya tanpa putus asa, Kah Shzen sudah mula berani untuk bergaul dengan pelajar yang lain. Terima kasih cikgu!
4. Order GrabFood, tapi pesanan tersebut bukan untuk dirinya
Menerusi laman Twitter, @runqifadamha atau Afiq juga telah berkongsi pengalaman manis apabila menerima tempahan makanan daripada seorang pelanggan yang berhati mulia.
Dalam perkongsiannya, Afiq berkata pelanggan tersebut telah membuat pesanan makanan segera melalui aplikasi GrabFood namun makanan itu bukan dibeli untuk diri sendiri, sebaliknya untuk rider berkenaan, iaitu dirinya.
Bahkan dalam pesanannya, pelanggan berkenaan menulis mesej memberitahu bahawa tindakannya adalah ikhlas dan meminta agar pemuda itu untuk mengisi perutnya sebelum menyambung kerja. Terbaiklah!
5. Wanita ambil upah jadi badut demi sara kucing jalanan
Kisah menyentuh hati yang seterusnya milik wanita bernama Nazirah Abd Rahman. Menerusi laporan Malay Mail, Nazirah dikatakan sanggup menghabiskan masanya di salah sebuah kafe di Ipoh, Perak untuk menjadi badut.
Lebih mengejutkan, wang yang diperoleh ternyata digunakan untuk menjaga kebajikan haiwan jalanan terutama kucing. Difahamkan wanita berusia 42 tahun itu berkhdimat sebagai perunding kecantikan pada hujung minggu, manakala pada hari biasa beliau bekerja sebagai badut.
Selain memberikan makanan kepada haiwan jalanan, Nazirah juga akan membawa mereka ke klinik haiwan sekiranya perlu. Dia yang turut mempunyai 50 ekor kucing di rumah berkata, sebanyak RM400 akan dibelanjakan setiap minggu untuk haiwan-haiwan jalanan itu.
Ya, ada kebaikan pada setiap orang!
Bermula dari kisah kekeluargaan, sehinggalah kisah wanita yang sanggup bekerja sebagai badut demi menyara kucing jalanan, kami yakin setiap orang ada kebaikan dalam dirinya dan setiap insan layak dihargai.
Selaras dengan usaha murni Cadbury Dairy Milk, anda turut dialu-alukan untuk berkongsi kisah inspirasi atau pengalaman anda sendiri di media sosial tentang baiknya masyarakat di sekeliling menerusi hashtag #GoodnessInEveryone dan #SaluteTheGoodness. Anda boleh buat posting macam dekat bawah ni.
Semoga dengan lebih banyak perkongsian kisah-kisah sebegini, kita lebih bersemangat dan beroleh inspirasi untuk terus berkongsi kebaikan dengan semua orang.
Sebelum tu, jom tonton video ni dulu!
Bungkusan baharu, lebih kebaikan
Komited untuk terus berkongsi kebaikan, tahun ini Cadbury Dairy Milk hadir dengan bungkusan produk serba baharu yang pastinya membawa mesej lebih jelas dan bermakna.
Paparan visual satu setengah gelas susu yang dicurahkan pada ketulan coklat menjadi simbolik bahawa lebih banyak kebaikan yang patut dikongsikan bersama semua.
Bagi yang tertanya-tanya tentang label ‘100% sustainably sourced’ (100% sumber lestari) yang terdapat pada bahagian sudut atas bungkusan baharu Cadbury pula, ia adalah sebahagian usaha Cadbury Dairy Milk untuk memelihara alam sekitar dan kebajikan petani koko melalui program kelestarian Cocoa Life.
Cadbury menyumbang balik kepada masyarkat!
Seiring dengan mesej yang cuba diketengahkan, baru-baru ini pihak Cadbury Dairy Milk dengan kerjasama Yayasan Bantuan Makanan telah mengedarkan sebanyak 360,000 bungkusan makanan kepada golongan terjejas akibat pandemik Covid-19.
Bantuan makanan ini telah memberi manfaat kepada lebih 4,000 isi rumah yang terdiri daripada golongan B40.
Selain itu, Cadbury Dairy Milk juga menawarkan coklat Cadbury percuma kepada petugas barisan hadapan di sekitar Lembah Klang sebagai menghargai jasa mereka yang berkorban masa dan tenaga sepanjang memerangi Covid-19. Terbaiklah.
Sebarang maklumat lanjut tentang program amal Cadbury, layari laman Facebook atau Instagram Cadbury sekarang!