Nasi merupakan makanan ruji bagi kebanyakan rakyat Malaysia, namun pengambilan nasi secara berlebihan boleh menjadi punca kencing manis seperti perkongsian wanita ini.
Menerusi laman Facebook milik Cikka Lofa, dia menjelaskan bahawa suami tersayang disahkan menghidap kencing manis kerana makan nasi secara berlebihan tanpa kawalan.
Baca juga: Ini Sebab Kenapa Gula-Gula Gummy Bahaya, Parents Sila LARANG Anak-Anak Makan!
PUNCA KENCING MANIS SEBAB MAKAN NASI, BUKAN DESSERT

“Kencing manis sebab makan nasi. Nampak macam kelakar kan? Selalu orang cakap bila kena kencing manis mesti sebab suka makan kek, minum manis dan lain-lain tetapi semua berubah bila kena dekat suami sendiri.
“Azhar bukan jenis yang kaki dessert macam Cikka tau tapi dia tak pernah tinggal nasi. Setiap hari makan nasi 3 kali sehari. Walaupun malam pun tetap macam makan tengah hari,” ujarnya.
Tambahnya, punca kencing manis ini dapat dikenal pasti apabila si suami merasakan air masak yang diminum itu manis selain mengalami masalah kulit kering.
Mereka kemudianya berjumpa doktor dan mendapati tahap bacaan suami terlalu tinggi sehingga terpaksa diberikan suntikan insulin serta dimasukkan air untuk menstabilkan keadaan.
“Nak dijadikan cerita, tiba-tiba dia selalu nampak letih dan tidur seharian.Bila minum air masak dia tanya, “kenapa manis?” dan kulit dia jadi sangat kering, bila garu mesti luka.
“Jadi, bila jumpa doktor untuk medical check up, suami kena tahan dekat hospital. bacaan infinity! Terus kena cucuk insulin dan air. Bila dah turun baru boleh baca rupanya bacaan gula 30. Bahaya sangat sebab terlalu tinggi,” luahnya.
Cikka Lofa turut menasihati orang ramai agar sentiasa berpada-pada dengan setiap makanan yang diambil walaupun buah atau sayur. Hal ini kerana jika diambil secara berlebihan, boleh mengakibatkan masalah kesihatan.
“Dari situ saya belajar bahawa karbohidrat yang kita makan akan jadi tenaga jika guna tetapi karbohidrat akan betukar jadi gula jika tak guna, gula tersimpan masuk dalam darah punca HBA1C tinggi.
“Protein pula membantu untuk serapkan gula dalam darah tetapi kalau ambil secara berlebihan boleh merosakkan buah pinggang. Kesimpulannya adalah nasi atau buah-buahan memang tak salah tetapi kena berpada-pada bila makan,” jelasnya.
Baca juga: Ini Rawatan Resdung Paling Cepat Berkesan, Baru 5 Minit Semua ‘Ulat’ Dah Keluar!
Sumber: Facebook Cikka Lofa
