Asuh

Tak Ada Faedah Bila Takutkan Anak Dengan Hantu, Nampak Kelakar Tapi Banyak Kesan Negatif

1
SHARES
ANAK PENAKUT

Menerusi perkongsian Mohd Fhais Salim di laman Facebook, dia menasihatkan ibu bapa di luar sana agar berhenti menjadi punca anak penakut.

Hal ini kerana sikap sering ‘momokkan’ anak dengan cerita hantu atau gelap boleh memberikan kesan negatif kepada diri si kecil.

Baca juga: Idea Nama Bayi Perempuan & Lelaki Yang Bermaksud Bijaksana, Indah Setiap Kali Dipanggil

ANAK PENAKUT BILA IBU AYAH MOMOKKAN ANAK DENGAN HANTU

ANAK PENAKUT

Freepik

Kesan negatif tersebut adalah:

1. Anak jadi penakut berlebihan

Anak mungkin mudah panik cemas dalam situasi biasa. Mereka takut menghadapi sesuatu yang sebenarnya tidak berbahaya, seperti bunyi angin kuat atau bayang-bayang di dinding.

2. Kencing malam

Sikap ibu bapa yang menyebabkan anak penakit boleh mengakibatkan si kecil mudah kencing malam terutamanya ketika tidur.

3. Anak penakut – takut ke tandas seorang diri

Anak rasa tidak selamat apabila berada di tempat yang sunyi atau gelap seperti tandas kerana mereka membayangkan sesuatu yang menyeramkan ada di dalam tandas.

4. Takut tidur sendirian

Selanjutnya, anak penakut sudah pastinya tidak minat untuk tidur bersendirian dan lebih memilih tidur dengan ibu bapa atau adik-beradik kerana takut akan kegelapan.

Tindakan ini boleh menyebabkan anak bergantung harap kepada orang lain semasa tidur.

5. Anak penakut – susah tidur malam

Fikiran anak dipenuhi ketakutan sehingga sukar untuk mereka bertenang dan tidur dengan lena selain sering terjaga akibat mimpi ngeri atau cemas tanpa sebab yang jelas.

6. Lebih percaya hantu

Anak mudah dipengaruhi cerita-cerita seram selain percaya kepada kewujudan makhluk ghaib yang boleh mengancam mereka. Kepercayaan ini berkembang akibat tindakan ibu ayah yang suka menakut-nakutkan anak.

7. Fobia terhadap gelap, sunyi, dan bunyi pelik

Anak menjadi terlalu takut apabila berada dalam keadaan gelap, suasana sunyi, atau terdengar bunyi yang tidak biasa. Mereka mungkin menangis, menjerit dan lari untuk bersama ibu bapa apabila berada dalam keadaan tersebut.

8. Punca anxiety

Akhir sekali, ketakutan yang berlebihan boleh berkembang menjadi masalah gelisah dan takut tanpa sebab yang nyata. Jika dibiarkan, ia boleh menjejaskan perkembangan emosi dan sosial anak serta mengganggu kehidupan seharian mereka.

Nampak macam kelakar tapi sebenarnya tak kelakar langsung. Lagi kita takut-takutkan anak dengan hantu dan kegelapan lagi menjadi jadilah fobia dia nanti.

Imaginasi kanak-kanak ini tiada batas dan mereka boleh percaya benda yang tak wujud melebihi daripada dia percaya realiti sebenar.

Baca juga: Ustaz Kazim Kongsi Doa Untuk Anak Autisme, Baca Dekat Air & Bagi Anak Minum…

Sumber: Facebook Mohd Fhais Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×