Sihat

Rupanya Anak Kerap Sakit Sebab ‘Terlalu Bersih’. Ini 5 Sebab Kuman Penting Untuk Mereka

30.3K
SHARES

“Eee… Main kat mana sampai kotor sangat baju ni. Susah tau Mama nak basuh hilangkan kotor ni!”

Cuti-cuti ni memang panjang akal budak-budak kat rumah tu. Ada yang boring duduk rumah, join kawan-kawan main dekat luar. Bila balik habis kotor baju, confirmlah kena bebel dengan Mak kan.

Tapi di zaman moden ni, mungkin perkara macam ni agak susah kita nak tengok. Ramai yang dah duduk apartment, main game / permainan indoor dan jarang keluar rumah.

Malah, para pengkaji mengatakan bahawa anak-anak zaman sekarang terlalu ‘bersih’ sampaikan mereka ini lebih mudah dijangkiti penyakit.

Eh, bukan ke kalau lebih bersih tu bagus untuk elak penyakit?

Haa… Sebenarnya tidak. Sebab apa?

Jom baca selanjutnya.

Punca anak kerap sakit

5 Sebab Pentingnya Dedahkan Anak Kepada ‘Kuman’ & ‘Bakteria’

1. Menstimulasikan Sistem Imun

Tahukah ibu, persekitaran yang terlalu bersih dan steril boleh membuatkan anak-anak kita lebih mudah dijangkiti penyakit.

Bunyi macam pelik tapi inilah fakta yang dirungkaikan oleh beberapa kajian sains.

Prof Gilbert, penulis buku ‘Dirt is Good: The Advantage of Germs for Your Child’s Developing Immune System’ berkata bahawa bukan semua kuman itu jahat.

Berbeza dengan tanggapan ramai ibu ayah, sebahagian besar kuman ini sebenarnya akan menstimulasikan sistem imun dan menjadikan kanak-kanak lebih kuat.

www.dupagecu.com

2. Mengurangkan Risiko Alergi

Ramai antara kita takut anak sakit bila mereka termakan makanan yang jatuh atas tanah, takut bila anak bergelumang dengan lumpur atau tanah, takut anak pegang kucing dan digigit serangga, takut anak terjatuh bila bermain di luar.

Ironinya, dengan tindakan inilah sebenarnya sistem imun kanak-kanak menjadi lemah, sensitif dan mudah mendapat alergi.

Menurut sebuah artikel dalam Hello Doctor, para pengkaji percaya bahawa kebanyakan alergi ini boleh dikurangkan dengan membiarkan anak-anak bermain dan didedahkan dengan ‘kotoran’.

Sebuah kajian pada tahun 2011 mendapati penggunaan triclosan (iaitu bahan aktif dalam sabun antibakteria) mempunyai kesan negatif terhadap sistem imun. Mereka yang selalu terdedah kepada triclosan ini didapati menunjukkan kadar alergi dan demam yang lebih kerap.

3. Mencetus Tindak Balas Pada Sistem Imun

Menurut pakar, pendedahan kepada parasit, bakteria dan kuman dapat membantu membina ketahanan sistem imun kanak-kanak.

Ini kerana, sistem imun kanak-kanak perlu belajar untuk merespon terhadap mikrob apabila terdedah kepada persekitaran tersebut.

4. Mengurangkan Risiko Asthma

Mengikut kajian yang pernah diterbitkan menerusi TIME Magazine, saintis percaya bahawa pendedahan kepada mikrob akan mematangkan sistem imun mereka lebih awal berbanding anak-anak normal, sekaligus mengurangkan risiko asthma dan alahan (alergi).

Kajian tahun 2007 juga nendapati bahawa penggunaan penyembur antibakteria di rumah-rumah secara kerap meningkatkan kebarangkalian asthma di kalangan mereka.

Fakta ini turut disokong oleh kajian yang mendapati kanak-kanak yang tinggal di dalam rumah yang mempunyai haiwan peliharaan adalah yang paling kurang mendapatkan rawatan respiratori di klinik-klinik.

bedak talkum bayi

5. Banyak Yang Dapat Anak Belajar Di Luar

Zaman sekarang ni makin ‘rare’ anak-anak nak dapat peluang main di luar. Kawasan rumah semua dah moden, ibarat sebuah hutan konkrit. Kalau balik kampung pun ke bandar juga kan?

Aktiviti luar bukan saja dapat meningkatkan kecergasan fizikal anak-anak, tetapi ia juga penting untuk kecerdasan mental mereka.

Selain meraikan sikap adventurous dan sifat ingin tahu, anak-anak juga dapat belajar menghayati serta menghargai keunikan alam semulajadi.

Rugi sangat kalau anak-anak kita tak didedahkan dengan alam semulajadi ciptaan Allah ini. Ia adalah anugerah ‘percuma’ yang sering dipandang rendah akan nilainya oleh masyarakat zaman ini.

Kebersihan Itu Penting, Cuma Tak Perlu Sampai ‘Paranoid’

Adakah ini bermaksud ibu ayah boleh ‘lepas tangan’ tentang hal kebersihan anak?

Tentu sekali TIDAK. Sebaliknya, ibu ayah perlu faham bahawa anak-anak perlu diberi pendedahan kepada alam semulajadi dan persekitaran yang normal.

Tak perlu takut atau paranoid jika anak bermain kotor sebab semua ini ada kebaikannya buat anak-anak kita. Lepas main nanti, boleh basuh dan bersihkan badan serta pakaian.

Jadi, ibu ayah kenalah banyakkan aktiviti luar dengan anak lepas ni. Tak dapat bawa anak ke taman setiap hari, hujung minggu pun ok!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×