Sihat

Ibu Ini Kongsi Cara Buat Ubat Batuk Homemade Untuk Anak Yang Tak Serasi Dengan Ubat Pasaran

249
SHARES

“Dah macam-macam jenis ubat batuk dah bagi anak aku makan, semua tak menjadi”

Ini merupakan antara kebimbangan bagi ibu bapa apabila anak mengalami batuk yang sukar untuk disembuh. Sudah bermacam-macam jenama ubat batuk yang dibeli di pasaran, tapi masih tidak sembuh. Jadi, salah satu langkah untuk menangani masalah ini adalah dengan buat ubat batuk secara homemade menggunakan bahan semulajadi.

ANAK TAK SERASI DENGAN UBAT BATUK

Rabu lepas Fydh dijangkiti selesema teruk & hidung tersumbat. Petang Khamis, start batuk jenis chesty cough lak. Mulanya saya berikan ubat batuk yang dibeli kat farmasi sebelum ni. Tapi Fydh tak serasi & masih batuk non stop. Menjelang malam, dah start demam lak. Pagi Jumaat tu, bawa Fydh ke klinik sebab dia dah makin kerap terbatuk. Walaupun ada kahak dalam dada, doktor cakap keadaan Fydh tak teruk sangat & tak perlu ambil nab..

Balik je dari klinik, batuk Fydh makin kerap dalam 5 minit sekali. Makan ubat batuk dari klinik pun masih tak nampak perubahan. Nafas Fydh makin laju & bunyi wheezing pulak. Nampak dia tarik nafas dalam (bila bernafas ada lekukan dalam kat tengah² pertemuan tulang selangka) sebab susah nak nafas. Kaki dia pun mula terasa sejuk je sebab tak cukup oksigen dalam badan. Dekat sejam saya ulang tepuk percussion untuk cairkan kahak & urut refleks point untuk paru-paru pada belakang, dada, tapak tangan & tapak kaki.. Urut refleks point sinus & sinus drainage untuk kurangkan hidung tersumbat. Alhamdulillah, bila dah lega sikit Fydh tertidur gak..

Masa tu la saya terfikir, sampai bila nak bergantung pada ubat batuk semata-mata.. Masa gi klinik tu, saya ada tanya doktor dah 3 bulan++ Fydh asyik batuk on-off. Walaupun dah habis ubat batuk, sesekali anak akan terbatuk & bunyi kahak dalam dada. Lepas 2-3 minggu, mesti batuk berulang lagi. Doc cakap batuk berulang dikalangan kanak-kanak ni perkara biasa. Terutamanya kanak-kanak usia 5 tahun ke bawah ni, memang selalu jer kena batuk berulang sebab imun badan tak kuat. Tapi kalau batuk disertai tanda² badan lemah, demam, nafas jadi laju serta ada lekukan dalam bawah rusuk bila bernafas, kena gi hospital lak, buat chest xray untuk check jangkitan paru-paru.

So kalau batuk on-off lagi lepas ni, takkan Fydh nak bergantung sepenuhnya pada ubat batuk & berlarutan lak sampai imun badan dia kuat..? Mungkin akan batuk lagi beberapa bulan, mungkin setahun-2..?? Apa yang buatkan saya bertambah risau.. Risiko Fydh ni kena asthma tinggi sangat sebab keluarga kedua-dua belah saya serta suami ada masalah asthma & resdung, nak Fydh sendiri pun ada mild eczema. Tu belum lagi risau kalau kena jangkitan paru-paru lak sebabkan masalah berkaitan batuk ni.. Huhu..

KURANG BERKESAN MINUM MADU SEMATA-MATA

Fydh ni kalau batuk biasa, kurang gak bila minum madu. Tapi batuk kali ni, kurang berkesan kalau minum madu semata².. Tak lama dulu, saya pernah buat resipi campuran madu+lemon+minyak zaitun (dari artikel livestrong). Masa tu saya sendiri yang alami batuk berpanjangan. Walaupun ia berkesan pada saya tapi campuran tu terlalu masam (trigger gastrik) & kurang berkesan untuk Fydh. Dalam bulan Mac lepas lak, saya pernah cuba resipi ubat batuk (madu+bawang) dari perkongsian Dr. Rizal, tapi Fydh tak gemar lak rasa bawang yang terlalu kuat. So kali ni saya gabungkan semua info yang saya dapat dari perkongsian Dr. Rizal, Dr. Suri Roowi & beberapa sumber lain untuk hasilkan resipi ubat batuk homemade yang hanya gunakan bahan-bahan alami dari dapur.. Sementara Fydh tidur tu cepat cepatlah saya masuk dapur & siapkan ubat batuk homemade ni..

Saya sempat rendam sejam je dulu sebab Fydh dah terjaga & batuk non stop balik. Badan dia mula nampak lemah sebab dia langsung tak nak makan sebabkan asyik batuk je. Lepas berikan rendaman madu tadi, sekali lagi saya buat tepuk percussion untuk cairkan kahak & buat urutan refleksologi untuk redakan batuk.. Mujur gak setiap kali saya buat tepuk percussion & urut refleks point ni, batuk Fydh akan lega sikit..

Dalam 20min++ lepas beri rendaman madu tu, batuk Fydh beransur kurang & badan dia mula berpeluh.. Sebelum ni badan dia langsung tak berpeluh (padahal dia memang jenis kuat berpeluh). Walaupun masih ada bunyi wheezing, tapi kekerapan batuk dah kurang dalam 30 minit sekali. Sampai malam, sempat 2x gak Fydh minum. Batuk pun dah kurang sejam sekali.. Bila tidur malam pun tak kerap sangat batuk macam waktu siangnya.

Pagi Sabtu, Fydh dah mula aktif & berselera bila makan. Dia masih terbatuk-batuk dalam sejam-2 sekali, tapi kahak pun dah makin cair. Takdelah susah & sakit sangat dada masa anak terbatuk-batuk tu.. Bunyi wheezing pun dah takde. Fydh pun dah mula boleh main macam biasa. Sebenarnya Sabtu tu saya sendiri pun dah jangkit selesema & batuk. Tekak mula rasa bengkak & perit disertai batuk dengan kahak yang pekat dalam dada. Lepas ambil rendaman madu ni, memang terasa perbezaannya & tekak pun dah tak rasa membengkak.

Malam tadi pun Fydh boleh tidur lena & sekali jer terbatuk tengah malam. Hari ni, masuk hari ke-4 saya berikan Fydh rendaman madu (ubat batuk homemade) ni. Syukur alhamdulillah, batuk Fydh dah makin kurang dengan izinNya.

Resipi Ubat Batuk Homemade

½ biji bawang holland/merah

150-200gm madu

3-5 ulas bawang putih

2 sudu makan minyak zaitun

1 biji lemon – diambil jus (anggaran 50ml)

11-15 biji bunga cengkih

Cara-cara:

1)Potong ½ biji bawang merah & bekukan selama 5-10 minit

2)Ketuk bawang putih, biarkan selama 10 minit.

3) Sementara menunggu tu, perah jus dari sebiji lemon. Ketepikan.

4) Tumbuk kasar cengkih & campurkan ke dalam jus lemon. Biarkan sebati seketika.

5) Bawang merah tadi boleh dileraikan atau dipotong kasar. Campurkan ke dalam madu.

6) Masukkan jus lemon & kacau.

7) Bawang putih yang telah diketuk, dicampur ke dalam minyak zaitun & dipanaskan dengan api paling kecil selama 2-3 minit sahaja. Biarkan suam sedikit sebelum dicampurkan ke dalam madu tadi.

-Rendam sekurang²nya sejam-2 pada suhu bilik supaya jus bawang keluar. Setelah 2 jam, barulah boleh disimpan dalam peti sejuk.

-Campuran madu & bawang ni lebih berkesan selepas dibiarkan terendam semalaman.

– Sebaik²nya kacau/goncang sebelum guna

-Boleh minum airnya sahaja atau makan bersama bawang (untuk Fydh, saya berikan air sahaja, tapi saya suka makan bersama bawang sebab rasa crunchy)

-Bagi kanak² ambil 1 sudu teh, 2-3 kali sehari/bila perlu

-Orang dewasa 1 sudu makan, 2-3 kali sehari/bila perlu

-Orang yang alami masalah gastrik sebaik²nya ambil 1 sudu teh je dulu & jangan ambil sewaktu perut kosong (pastikan alas perut sikit, bukannya makan sampai kenyang). Jika tiada masalah, barulah boleh ambil 1 sudu makan.

-Pastikan simpan dalam bekas bertutup

-Anak setahun ke bawah tak boleh minum madu yer.

-Sebaik-baiknya buat dalam kuantiti yang sikit (atau sukatan 2x ganda) & buat baru setiap kali habis sebab kandungan allicin & khasiat akan berkurangan jika disimpan lebih lama.

Saya share cara saya buat ubat batuk homemade ni bukan nak galakkan orang ramai supaya tak perlu ke klinik & dapatkan rawatan perubatan jika sakit ye. Tapi bila makan ubat batuk pun dah tak menjadi, atau batuk berpanjangan bolehlah cuba cara alternatif lak.. Lagipun ubat batuk homemade ni gunakan bahan-bahan alami dari dapur je.. 1 lagi kelebihannnya, banyak bahan dalam ni berfungsi untuk tingkatkan imun badan. So kalau tak batuk pun, sebenarnya boleh je ambil rendaman madu ni..

Sekarang jom saya terangkan khasiat setiap bahan-bahan dalam ubat batuk homemade ni pula..

Saya simpan dalam botol minyak (glass oilpot) supaya mudah tuang & tak perlu celup sudu setiap kali nak minum. Lebih banyak kali celup boleh sebabkan cepat rosak (kalau sudu tak betul² kering/bersih)

1.BAWANG

-Boleh gunakan bawang holland atau bawang merah. Tapi menurut Dr. Suri Roowi, bawang holland ni tinggi mineral manakala bawang merah lebih tinggi kadar antioksidan & tinggi vitamin C.

-Bawang merah bila dibekukan seketika, khasiatnya akan bertambah menjadi 200 kali ganda (info dari Dr. Suri, boleh baca post tentang sayuran antikanser)

2.MADU (pastikan yang asli)

-Tinggi antioksidan, tingkatkan imun badan

-Mengandungi pelargonium, guaifenesin dan dextromethorphan. Bahan² ni terbukti secara saintifik dapat melawan dan menghilangkan simptom batuk dan kahak. (theAsianparent Malaysia)

-Madu lebih baik dalam melegakan dan mengurangkan kesan batuk daripada diphenhydramine iaitu bahan dalam ubat batuk. (medic.usm)

-Madu kelulut merupakan madu yang terbaik, hanya amik masa 5-30 minit untuk diserap ke dalam darah. (Dr. Suri Roowi)

-Orang yang ada masalah gastrik, lebih baik gunakan madu tualang sebab madu kelulut lebih masam (Dr. Suri Roowi)

3.BAWANG PUTIH

-Bawang putih perlu diketuk/dihancurkan & dibiarkan selama 10 minit supaya Allicin terbentuk. Allicin berfungsi sebagai antikanser, membantu masalah radang, bertindak sebagai antikulat dan menghalang jangkitan bakteria. (Dr. Suri Roowi)

-Jika bawang putih yang telah diketuk & dibiarkan selama 10 minit ditambahkan minyak zaitun, akan menghasilkan Ajoene. Ia merencatkan pertumbuhan sel kanser (Dr. Suri Roowi)

-Gabungan bawang putih & minyak zaitun juga merupakan salah satu petua tradisional untuk batuk, asthma & masalah berkaitan pernafasan.

-Jika bawang putih dipanaskan dengan suhu yang rendah (35°C), akan tingkatkan lagi aktiviti enzim & menggalakkan penghasilan Allicin. Tapi ia akan termusnah pada suhu lebih tinggi dari 40°C (sebab tu panaskan bawang putih dengan api perlahan & kejap je)

-Boleh tambah bilangan bawang putih ikut selera, tapi orang yang alami masalah darah cair, perlu kurangkan/kawal pengambilan bawang putih

4.MINYAK ZAITUN

-Berfungsi sebagai antioksidan, tinggi hidroksityrosol & memainkan peranan dalam kesihatan jantung, paru-paru serta meningkatkan sistem imun

-Berfungsi melincirkan kerongkong & mengurangkan pedih akibat batuk. Ia mengandungi agen oleocanthal yang bertindak mengurangkan radang pada kerongkong sama seperti ibuprofen berfungsi.

5.LEMON

-Tinggi vitamin C (diperlukan oleh badan untuk mempercepatkan proses penyembuhan), antibakteria, tingkatkan imun, kurangkan penghasilan mukus, mengurangkan selesema & batuk.

6.CENGKIH

-Berfungsi melegakan kerongkong akibat batuk serta mengurangkan sakit tekak, batuk & asthma. Juga berfungsi sebagai antioksidan & antibakteria.

Nota Kaki:

-Jika anak terbatuk-batuk tanpa henti, selain buat tepuk percussion, pastikan

-Minum air kosong secukupnya

-Boleh juga berikan anak minum air rendaman cengkih+madu untuk berikan kelegaan pada tekak (ketuk sedikit cengkih supaya minyak patinya keluar, rendam dalam air panas & setelah suam tambah madu)

-Berikan air rebusan halia untuk kurangkan batuk (tambah madu bila dah suam).

-Banyakkan juga penggunaan cengkih/halia dalam masakan (boleh masukkan 2-3 biji cengkih ketika masak nasi, lebihkan halia jika masak bubur nasi, lebihkan cengkih & halia dalam sup, dll)

-Apa apa jenis herba & rempah ni memang kena basuh dulu sebelum guna. Saya basuh cengkih & keringkan guna kitchen towel dulu sebelum tumbuk.

Sumber : Yatie Eimra

Most Popular

To Top