Tahukah anda bahawa masih ramai penduduk di perkampungan Orang Asli/Asal di Malaysia bergelut untuk mendapatkan bekalan elektrik yang stabil dan akses kepada pendidikan berkualiti?
Nasib baik ada Projek Kampung Solar yang dijalankan oleh SOLS Foundation untuk membantu mereka. Melalui projek ini, tenaga solar digunakan untuk menyediakan elektrik, serta bengkel pendidikan disediakan bagi membekalkan kemahiran asas pengurusan kewangan dan pendedahan kepada perkembangan teknologi termasuk literasi digital.
Menyediakan bekalan elektrik bersih dan selamat
Sebelum ini, ramai penduduk kampung Orang Asli/Asal bergantung kepada sumber tenaga seperti pelita, lilin, dan generator diesel. Kini, dengan adanya sistem solar rumah, mereka mendapat bekalan elektrik bersih bagi memenuhi keperluan harian mereka.
Bukan sahaja lebih selamat, penggunaan tenaga solar juga jauh lebih murah dan mesra alam berbanding bahan bakar tradisional. Dengan adanya elektrik solar, penduduk kampung kini dapat menikmati waktu belajar, bekerja, dan beraktiviti bersama keluarga pada waktu malam dengan lebih selesa dan selamat.
Pencapaian hebat Projek Kampung Solar
Sejak dilancarkan, Projek Kampung Solar telah memberi manfaat kepada lebih 1,600 keluarga Orang Asli/Asal di Semenanjung Malaysia dan Sabah. Berikut adalah beberapa pencapaian utama projek ini setakat 2024:
- 1,633 rumah di 45 kampung Orang Asli/Asal di Semenanjung Malaysia telah dipasang dengan sistem solar.
- Di Sabah, 511 rumah di 12 perkampungan Orang Asli/Asal juga telah menerima pemasangan sistem solar.
- 27 bengkel pendidikan telah dianjurkan, melibatkan lebih 700 peserta dari pelbagai peringkat umur, termasuk kanak-kanak hingga warga emas.
Projek Kampung Solar & manfaatnya
Projek ini bukan sahaja membawa cahaya baru kepada kampung Orang Asli/Asal, malah memberi impak positif dalam pelbagai aspek kehidupan mereka:
1. Penjimatan kos: Penduduk dapat menjimatkan sehingga 80% kos tenaga kerana mereka tidak lagi perlu membeli minyak tanah atau bahan api generator.
2. Kualiti hidup yang lebih baik: Dengan bekalan elektrik yang stabil, anak-anak boleh belajar lebih lama pada waktu malam, manakala orang dewasa dapat bekerja lebih produktif tanpa terganggu oleh kegelapan.
3. Kesihatan yang lebih baik: Tanpa asap minyak tanah atau diesel, masalah pernafasan berkurang, dan persekitaran menjadi lebih sihat.
4. Peningkatan ekonomi: Elektrik yang stabil membolehkan perniagaan kecil di kampung beroperasi dengan lebih lancar, membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan.
5. Pendidikan & kemahiran digital: Bengkel literasi kewangan dan digital memberi penduduk kemahiran penting untuk mengurus kewangan dengan bijak dan memanfaatkan teknologi dalam pendidikan serta pekerjaan mereka.
Mari kita sama-sama sokong Projek Kampung Solar!
Walaupun Projek Kampung Solar telah mencapai pelbagai kejayaan, masih banyak kampung yang memerlukan sokongan dan bantuan.
Setiap sumbangan daripada anda sangat berharga kerana ia akan membantu SOLS Foundation untuk memasang lebih banyak sistem solar di kampung-kampung yang memerlukan, serta menyediakan latihan berterusan untuk memastikan komuniti ini mendapat manfaat jangka panjang.
Jadi, jom kita semua menyumbang agar penduduk di perkampungan Orang Asli/Asal dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.
Tak kiralah sumbangan besar atau kecil. Ianya adalah pemangkin kepada perubahan dalam kehidupan Orang Asli/Asal Malaysia.
Sumbangan boleh dilakukan melalui pautan berikut:
https://donate.sols.foundation/
Dengan setiap sumbangan, anda bukan sahaja membantu meringankan beban mereka, tetapi dalam masa yang sama anda akan menerima pengecualian cukai.
Mari kita bersama-sama menyokong Projek Kampung Solar dan bantu menerangi masa depan Orang Asli/Asal dengan pendidikan dan tenaga bersih.