Hebahan

Shopee Lancar Program Penghantaran Percuma Untuk Semua Orang Di Malaysia!

12
SHARES

shopee logopos malaysia logo

 

 

 

 

Shopee merupakan gedung sosial terkemuka dengan lebih daripada 12 juta pengguna di rantau ini dan merupakan platform percuma. Shopee Malaysia bekerjasama dengan perkhidmatan kurier negara, Pos Malaysia, dengan memberikan semua penjual di platform ini perkhidmatan penghantaran percuma bagi barangan yang dijual. Dilancarkan pada Disember 2015, Shopee merupakan platform pelanggan-ke-pelanggan atau customer-to-customer (C2C) yang bertujuan untuk memberi kuasa kepada para usahawan, samada individu atau perniagaan, untuk membeli dan menjual secara selamat menggunakan telefon pintar. Hari ini, Shopee Malaysia telah berkembang dengan lebih daripada 1 juta muat turun dalam jangka masa 6 bulan.

Shopee telah pun merupakan platform percuma tanpa yuran penyenaraian dan tanpa yuran komisen. Program Penghantaran Percuma Shopee ini pula memudahkan lagi semua pihak untuk membeli dan menjual. Para usahawan dan SME kini boleh memulakan perjalanan perniagaan mereka di platform ini tanpa sebarang kos penghantaran.

Shopee - Free Shipping - Image B

Versi beta telah dilancarkan pada awal Mei kepada penjual yang terpilih bagi memantau perkembangan Program Penghantaran Percuma ini. Program ini membenarkan penjual subsidi bagi penghantaran barangan ke Semenanjung Malaysia dan Timur Malaysia. Ini sehaluan dengan usaha berterusan Shopee untuk berinovasi dan mencipta tawaran bagi menambah nilai kepada pengguna.

“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Pos Malaysia bagi memperkasakan para usahawan di seluruh Malaysia. Sejak pelancaran Program Penghantaran Percuma Shopee ini, kami dapat lihat perkembangan yang tinggi bagi platform kami. Pesanan harian bagi kebanyakan penjual kami telah bertambah sekali atau dua kali ganda,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Rantau Shopee.

Randy, pemilik kedai zmobile di Shopee, bersetuju bahawa program ini sangat bermanfaat kepada penjual-penjual. “Sebelum menyertai program ini, pelanggan saya kebanyakannya berasal dari Kuala Lumpur. Tetapi dengan adanya Program Penghantaran Percuma, kini saya mempunyai pembeli dari Timur Malaysia dan jualan saya meningkat sebanyak 5 kali ganda dalam tempoh tiga bulan,” beliau berkata.

Shopee - Free Shipping - Image A

Dato’ Mohd Shukrie Mohd Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia berkata, “Kolaborasi di antara Pos Malaysia dan Shopee merupakan detik bersejarah bagi kami untuk meneroka peluang perniagaan baru, terutamanya di dalam sektor e-dagang. Dengan pelancaran Hab e-Dagang kami dan Pos Laju EziBox, para usahawan Shopee kini lebih memudahkan semua orang dengan kebolehan melakukan transaksi di atas talian 24 jam di mana sahaja.”

Di samping Program Penghantaran Percuma Shopee, Shopee turut mengadakan program keusahawanan percuma dan bengkel yang dianjurkan Universiti Shopee bagi mendidik dan memperkasakan para usahawan bagi menceburkan diri di dalam industri e-dagang yang semakin berkembang.

Shopee - Free Shipping - Image E

Kurikulum Universiti Shopee ini dibentuk berasaskan amalan-amalan terbaik penjual-penjual terkemuka Shopee, menampilkan topik-topik menarik termasuk kaedah pemasaran atas talian, fotografi produk dan pengoptimuman rantaian bekalan.

Shopee boleh dimuat turun secara percuma di kesemua platform menerusi App Store Apple dan Play Store Google.

[box type=”info” align=”” class=”” width=””]About Shopee

Shopee is a mobile-first social marketplace where everyone can browse, shop and sell. It is a platform tailored for Southeast Asia, combining the authenticity of a customer-to-customer marketplace with payment and logistical support, making online shopping easy, secure and fuss-free. The Shopee team believes in the transformative power of technology. As shopping on mobile devices becomes the ‘new norm,’ Shopee aims to continually enhance its platform and become the region’s mobile commerce destination of choice. Shopee is supported by Garena, Southeast Asia’s largest Internet platform provider. Shopee is now available for download for free on the Apple App Store and Google Play across Malaysia, Singapore, Indonesia, Thailand, Vietnam, the Philippines and Taiwan. [/box]

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×