Famili

Potong Rambut Anak Tanpa Kebenaran, Ayah Saman Sekolah RM4.17 Juta

3.2K
SHARES

Seorang bapa bernama Jimmy Hoffmeyer Dari Machigan, Amerika Syarikat mengambil keputusan untuk menyaman sejumlah  AS$ 1 juta (kira-kira RM4.17 juta) kerana mendakwa ada guru sekolah telah memotong rambut anak perempuannya yang berusia tujuh tahun tanpa kebenaran. Jimmy menamakan sekolah, pustakawan dan pembantu guru di Michigan sebagai defendan dalam saman berkenaan.

Baca juga: [VIDEO] Abang Sulung Mual & Loya Setiap Kali Tengok Adik Baharu, Aneh!

POTONG RAMBUT ANAK TANPA KEBENARAN, AYAH SAMAN SEKOLAH

Menurut laporan BBC News, dia mendakwa telah berlaku diskriminasi antara kaum, intimidasi etnik dan gangguan emosi yang disengajakan dan penafian hak perlembagaan terhadap anak perempuannya, Jurnee.

Walau bagaimanapun, pihak sekolah tempatan menyifatkan tuduhan itu tidak berasas dan tidak benar.  Hoffmeyer memberitahu anak perempuannya yang berdarah campuran, tiba di rumah dari Sekolah Rendah Ganiard di Mount Pleasant pada bulan Mac dengan banyak rambut di satu sisi kepalanya sudah dipotong.

Jurnee memberitahu ayahnya bahawa rakan sekelas memotong rambutnya di bas sekolah. Aduan dibuat kepada pengetua dan rambut Jurnee dipotong semula di salun.

Dua hari selepas kejadian di dalam bas, Jurnee kembali dari sekolah dengan rambutnya juga dipotong. Kali ini, anaknya memberitahu guru pula yang memotong rambutnya untuk mencantikkan gaya rambut.

Lembaga sekolah tempatan di Mount Pleasant memaklumkan siasatan bebas tidak menunjukkan sikap berat sebelah dan berlaku antara Jurnee dengan murid lain.

Siasatan mendapati dasar sekolah dilanggar ketika rambut Jurnee dipotong walaupun tindakan itu berniat baik. Difahamkan, ada dua kakitangan lain menyedari kejadian itu tetapi tidak melaporkannya.

Tuntutan saman itu antara lain mendakwa pihak sekolah gagal melatih, memantau, mengarahkan, mendisiplinkan dan mengawasi pekerjanya dengan betul. Kesemua yang terlibat telah meminta maaf.

Sumber: BBC News

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×