Berikutan peningkatan kes Covid-19, banyak negeri sudah berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimana beberapa sektor ekonomi telah ditutup. Bukan sahaja kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri, kebenaran untuk merentas daerah dan negeri untuk sambutan perayaan ini juga tidak dibenarkan.
Sebelum beberapa lokasi ‘hotspot’ ditutup, ramai dalam kalangan kita yang meluahkan rasa tidak puas hati. Namun, seorang anggota polis tampil untuk menjelaskan kebaikan kepada dasar penutupan sementara pusat ekonomi seperti shopping mall.
POLIS DEDAH REALITI KETIKA BERTUGAS, KANAK-KANAK TEMUI AJAL
Berikutan ramai dalam kalangan rakyat yang meluahkan rasa sedih dan marah akibat tidak boleh beraya, seorang anggota pegawai polis tampil untuk menceritakan realiti situasi ketika bertugas menerusi laman TikTok.
Sebelum ini, dia pernah ternampak satu keluarga bersama seorang kanak-kanak berusia 3 tahun di pusat membeli-belah, dimana keluarga ini sedang membeli kelengkapan raya.
@bapaknsuami0rangReply to @_mizan14♬ original sound – Bapak&SuamiOrang
Menurutnya, kanak-kanak tersebut secara tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri. Ambulans dipanggil namun ketika berada dalam ambulans, kanak-kanak tersebut tidak dapat diselamatkan kerana terkena jangkitan Covid-19.
“TAK PAYAH LA BAWA ANAK KECIL KELUAR…”
Menjengah ke ruangan komen, ramai juga dalam kalangan netizen yang menasihatkan ibu bapa supaya tidak membawa anak-anak yang masih kecil ke tempat ramai orang. Risau juga bila kelihatan ramai kanak-kanak berada di pusat membeli-belah dan bazar seperti tiada apa yang berlaku.
*Tiada keperluan penting, terus kekal berada di rumah ya!
Sumber: Tiktok @Bapaknsuamiorang