Rakyat

PM Perkenal Pas Keluarga Malaysia Untuk Perjalanan Tanpa Had, RM15 Untuk 4 Orang

1.2K
SHARES

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini melancarkan Pas Keluarga Malaysia. Hal ini untuk menggalakkan lahi rakyat menggunakan pengangkutan awam. Pas perjalanan itu membolehkan setiap keluarga warga Malaysia seramai empat orang dalam satu kumpulan.

Baca juga: KWSP Lancar Skim i-Sayang Tahun Depan, Pemindahan Sukarela 2% Akaun Suami Ke Isteri

PM PERKENAL PAS KELUARGA MALAYSIA, RM15 UNTUK 4 ORANG

Lebih menarik lagi, pas tersebut akan dijual dengan harga berpatutan iaitu RM15 sahaja dan boleh mula membeli pada 1 Disember 2021 ini. Dengan adanya Pas Keluarga Malaysia, rakyat Malaysia boleh menikmati perjalanan satu hari tanpa had pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum dengan menggunakan perkhidmatan seperti:

  • Transit aliran ringin (LRT)
  • Transit aliran massa (MRT)
  • Monorel
  • Bas Rapid Transit-Laluan Sunway

“Ini bermakna setiap seorang di dalam kumpulan ini hanya membayar RM3.75 untuk menggunakan perkhidmatan LRT, MRT, Monorel dan BRT di bawah kendalian Rapid KL sepanjang hari.

“Inisiatif pengenalan Pas Keluarga Malaysia ini bertujuan menggalakkan keluarga Malaysia beriadah, bersiar-siar dan menghabiskan masa berkualiti dengan orang tersayang.

“Mereka juga boleh mengunjungi pusat-pusat beli belah atau tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar jaringan pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Selangor,” katanya.

Beliau yakin dan percaya kemudahan pengangkutan awam yang efisien dan ketersambungan adalah penting bagi mobilisasi Keluarga Malaysia. Jadi, buat anda yang tinggal di Lembah Klang, jangan lupa ambil peluang untuk menikmati keindahan ibu kota!

Sumber: Astro Awani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×