DIY & Kraf

Cara Ganti Getah Pintu Peti Sejuk Yang Dah Tak Rapat. Elak Bil Melambung!

13.2K
SHARES

Ramai mungkin pernah mengalami masalah pintu peti sejuk tak rapat.

Tahukah anda, pintu peti sejuk yang tak rapat ni boleh menyebabkan bil elektrik melambung tinggi disebabkan penggunaan elektrik yang tidak efisyen.

Biasanya punca pintu peti sejuk ni tak rapat adalah disebabkan getahnya yang dah reput atau rosak.

Musim PKP ni agak susah nak panggil tukang sebab ada had masa beroperasi dan sesetengah kawasan masih belum boleh nak rentas daerah.

Jadi, di sini kami kongsikan cara ganti / tukar getah pada pintu peti sejuk tu dengan mudah, hasil perkongsian oleh Khairul Hafiz. Insha Allah semua orang boleh buat sendiri.

Jom baca perkongsian beliau selengkapnya di bawah.

Cara Ganti Getah Pintu Peti Sejuk Yang Dah Tak Rapat

Kalau saya tak share benda ni saya rasa bersalah pulak…sebab bagi saya benda yang senang diy wajib share untuk manfaat semua orang…

Meh saya tunjukkan caranya satu demi satu.

Pastikan getah pintu peti sejuk anda memang betul-betul expired. Tanda-tanda expired adalah getah dah tertanggal dari pintunya.

Langkah 1 

Cabut getah.

Caranya adalah dengan cabut penjuru atas macam dalam gambar bawah..tarik aje sampai getah tu tercabut.

Jangan risau, nak repair ni tak perlu tool.

pintu peti sejuk tak rapat

Nie rupa bentuk getah asal…
Barang lama mmg akan sentiasa kena tukar…
Yang lama gnti dgn yg baru…
Tapi awak mmg tiada penggnti dulu kini dan selamanya di hati saya…



Langkah 2

Ambil getah peti sejuk baru.

Seller cakap kena preorder 7hari..
Ilmu apa yg dia pakai xtahu laa..
Tengok2 tak smpai 3 hari dah sampai.

Bukak parcel, nie lah rupa getah dia..
Setiap pintu ukuran tak sama ok..
Dia ada ukuran dia…

pintu peti sejuk tak rapat

Langkah 3

Cara pasang getah yang baru pula.

Tekan setiap penjuru terlebih dahulu.

Baru tekan yang lain-lain, untuk elak getah terlebih saiz di setiap penjuru.

Baru lah tekan yang lain-lain.

pintu peti sejuk tak rapat

Tekan biar betul-betul rapat supaya pintu senang nak tutup nanti.

Ok tadaaaa….dah siap…

Sekejap je dah siap.

 

Mungkin ada yang tanya mana nak dapat getah pintu peti sejuk ni.

Saya beli getah peti ais kat sini. Sebaiknya korang chat dulu dgn seller tentang ukuran, brand peti ais korang..

Ni link di : https://shp.ee/rcgs47f

Selamat mencuba!

Kredit: Khairul Hafiz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×