Sihat

Petua Tradisi Nenek Hilangkan Batuk & Kahak, Guna Air Rendaman Bunga Belimbing Buluh

169
SHARES

Batuk berkahak merupakan antara satu penyakit yang paling tidak selesa. Pelbagai petua juga akan dicuba oleh mereka yang dijangkiti kerana ingin menghilangkan batuk tersebut. Ada sesetengah orang juga, telan ubat juga tidak berhasil.

Menurut perkongsian yang dibuat oleh Puan Mizah Ngatiman di laman Facebooknya, dia berkongsi mengenai petua yang diamalkan oleh neneknya ketika zaman dahulu. Lebih menarik lagi ialah petua ini merupakan petua orang jawa yang diberitahu oleh neneknya. Petua ini boleh membantu mengeluarkan kahak yang lambat terkeluar.

Menggunakan Rendaman Bunga Belimbing Buluh

Petua Legakan Batuk dan Cepat Keluarkan Kahak Hanya Dengan Rendaman Bunga Belimbing Buluh. Teruk sangat batuk masa ‘Live’ semalam rasa tekak semakin perit. Dah seminggu batuk, badan jadi sakit-sakit. Kebetulan semalam Lz singgah rumah Kaklong intai pokok belimbing buluh beliau. Alhamdulillah, rezeki ada bunganya. Teruslah petik dan bawa balik.

Ini petua orang jawa. Petua ni Nyaie (nenek) Lz yang kongsikan dan Mak pun rajin buat bila anak-anak batuk kahak lambat keluar. Sebab biasanya habis dah sebotol ubat batuk tapi masih belum hilang batuknya. Lagipun guna petua ini tidak memberi kesan mengantuk dan boleh diminum bila-bila masa perlu tidak diwaktu malam sahaja

Langkah-langkah Buat Air Rendaman Bunga Belimbing Buluh

1. Ambil bunga belimbing buluh

2. Cuci sekali lalu air dan tapiskan

3. Ambil segenggam dan masukkan dalam jug. Curah air panas dalam jug/cawan

4. Rendam bunga tadi dalam air panas

5. Tutup Cawan sehingga keluar warna merah dari bunga tersebut. Biarkan 5-10 minit

6. Tadaaa dah keluar warna merah bunga, tapiskan masuk cawan

7. Boleh lah diminum ketika panas-panas suam. Rasanya tawar dan boleh juga diberi minum pada anak-anak

8. Bunga yang tadi terus direndam dan tambahkan air panas buat pengulangan rendam sehingga warnanya habis

10. Kemudian barulah buat rendaman bunga yang baru pula

11.Minum 2 atau 3 kali sehari atau sekerap yang mungkin sehingga kahak habis keluar dan batuk hilang,

12.Kebiasaan buat dalam 2 hari batuk mulai lega. Lebih jimat tanpa beli ubat batuk, semulajadi dan tidak ada kesan mengantuk.

Sumber : Mizah Nagtim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×