Dapur

Petua Rebus Telur Berkilat Bila Dikupas, Tak Pecah & Berkerutu

1.6K
SHARES

Setiap kali beli nasi lemak atau apa sahaja juadah yang dihidang bersama telur rebus, mesti telur rebus yang digunakan mempunyai permukaan yang licin. Ini bermaksud semasa proses merebus dan mengupas kulit telur, sudah pasti proses tersebut adalah mudah dan kulit telur flawless tanpa cela. Macam mana nak buat?

Baca juga: Rupanya Ini Teknik Buat Telur ‘Gedik’ Yang Sempurna!

TIPS TELUR REBUS BERKILAT, CANTIK DIMAKAN

Oleh itu terdapat satu perkongsian yang anda boleh cuba untuk memastikan telur yang direbus akan kelihatan cantik, licin dan berkilat setelah direbus.

Tentang telur rebus… Mungkin sudah ramai yang dah tahu petua ni.. Dulu-dulu saya fail rebus telur, mesti pecah atau kulit jadi berkerutu.

Bila dapat petua dari kenalan dari Indonesia barulah dapat hasil yang sebegini.. Jadi saya nak tumpang share juga untuk sahabat MAHN di hari Jumaat yang barokah ini… Petua mudah.

-Masukkan 2 sudu kecil garam halus, 2 sudu kecil cuka masakan.

-Rebus seperti biasa api sederhana. InshaaAllah telur jadi berkilat, kenyal dan tak mudah pecah dan sangat mudah dikupas.

-Paras air pastikan tenggelam telur.

-Tak perlu tunggu air mendidih dulu, terus masukkan telur dalam air biasa dan rebus sehingga mendidih.

-Lebih kurang 10 minit sahaja rebusnya

-Dah cukup time terus buang air.

-Teknik nak mudah kupas kulit… Guna belakang sudu ketuk-ketuk manja saja, kulit dah retak senang nak kupas.

Selamat mencuba!

Sumber: Basiroh Kz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×