Sihat

Petua Buat Air Rendaman Untuk Hilangkan Sakit Kaki. Lega Macam Pergi Spa!

630
SHARES

Kalau rasa sakit kaki, memang teringin nak ada orang urut. Lagi best kalau dapat pergi spa kan?

Biasanya ada disediakan air rendaman herba-herba yang membantu pengedaran darah. Memang lega!

Apa kata cuba buat air rendaman untuk hilangkan sakit kaki, ala-ala spa di rumah sendiri.

Guna petua orang lama dengan bahan-bahan yang cukup baik khasiatnya.

Katanya memang berkesan!

Jom kita tengok perkongsian oleh Ruviantie Roslan di bawah ini.

PETUA MUJARAB HILANGKAN SAKIT KAKI

Masa memula Mak bagitau petua ni, KakVee tak berapa nak buat sangat.

Still lagi pergi berurut dekat spa dengan bayaran rm45-rm60 untuk sejam.

Tu pun lepas urut tak hilang gak sakit kaki.

.
Stresskan bila sakit kaki. Tambahan lagi kalau sakit tu mencucuk cucuk dibahagian tumit. Rasa berat jer kaki nak berjalan. Nak bekerja pun jadi lemau.
.
Bila dalam pantang ni baru ada kesedaran nak buat. Hanya berspa di rumah. Jimat dari segi kos sebab bahan bahan nak buat memang dah tersedia di dapur dan boleh diamalkan bila bila masa.
.
Tapi kesannya bergantung pada individulah, ada yang hilang sakit terus lepas sekali buat. Ada yang kena buat sampai tiga kali baru rasa betul betul berkesan. KakVee lepas buat hari tu sakit kaki dan lenguh lenguh terus hilang. Jadi ringan jer kaki nak melangkah. Tu yang KakVee nak share petua ni sebab betul betul menjadi.
.
Bahan bahan yang diperlukan:

  • Garam
  • Halba
  • Serai
  • Halia
  • Lengkuas
  • Daun limau purut
  • Daun Pandan
  • (tambahan kalau ada, daun mengkudu, cekur daun sireh) –  boleh letak daun apa saja yang ada khasiat.

Petua hilangkan sakit kaki

 

Cara penyediaan:

Hiris atau ketuk bahan bahan diatas.
Kemudian rebus sehingga mendidih.

Petua hilangkan sakit kaki

Petua hilangkan sakit kaki


Cara penggunaan:

Ambil air rebusan (termasuk bahan bahan) masukkan dalam baldi dan campurkan dengan air paip. Suhu ikut individu. Tapi jangan sampai melecur kulit. Kalau boleh paras air tu sampai boleh rendam dari kaki hingga ke lutut. Baru puas hati.



*masa rendaman tu akan terasa seolah olah kaki kita disedut sedut. Sangat selesa dan bau pun wangi kalah bau dekat spa.
.
#PS ini hanyalah penyediaan tradisional, sekiranya sakit kaki tu berlarutan dan bertambah teruk segeralah berjumpa dengan Doktor untuk dapatkan rawatan yang sepatutnya.
.
#SILAKANSHARE supaya gejala sakit kaki dapat dikurangkan bersama sama. Nak cara jimat bolehlah cuba ya!

*Kredit: Facebook Ruviantie Roslan

Baca juga: Berjaya Turunkan Berat Badan 115kg, Kisah Lelaki Ini Jadi Inspirasi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×