40 Minggu

4 Petua Cerai Susu Badan Yang Ibu Muda Perlu Tahu!

37
SHARES
Petua Cerai Susu Badan

Petua Cerai Susu Badan

Saya pasti ramai ibu-ibu di luar sana yang mahu memberikan susu ibu sekurang-kurangnya dua tahun kan? Tapi apakan daya, walaupun banyak kebaikan dan disebabkan faktor kerja yang hanya membenarkan seseorang ibu untuk mengambil cuti hanya untuk 2-3 bulan sebelum perlu kembali ke alam pekerjaan.

Bagi mereka yang mampu bertahan selama 2 tahun memberikan anak anda susu ibu sepenuhnya, kami ucapkan tahniah kepada anda. Pasti agak sukar bukan? Tetapi topik kita pada kali ini adalah untuk berkongsi dengan anda tips-tips dan cara cerai susu badan.

Apa maksud cerai susu?

Cerai susu bermaksud beransur-ansur memperkenalkan susu formula kepada bayi bagi menggantikan susu ibu. Antara tujuannya adalah seperti di atas tadi, seorang ibu perlu kembali bertugas dan tidak mampu untuk memberikan susu ibu sepanjang masa. Di samping itu, semasa anda bekerja, pasti anda akan menyerahkan penjagaan bayi anda kepada seseorang bukan? Mungkin kepada kedua ibubapa anda dan mungkin juga sudah hantar ke taska.

Disebabkan bermacam-macam faktor juga, anda tidak mampu mengepam susu dalam kuantiti yang banyak bagi bekalan sepanjang hari bayi anda ‘berpisah’ dengan anda. Daripada membiarkan bayi anda menangis kelaparan dan kembung perut, lagi cepat anda bercerai susu, lagi bagus sebenarnya.

Petua Cerai Susu Badan

Dan di antara cara cerai susu badan adalah seperti berikut:

1. Skip daripada menyusu sekali-sekala

Pertama sekali anda boleh cuba untuk melangkau/skip daripada menyusu sekali-sekala. Jika anda ada jadual waktu atau masa-masa yang tertentu bagi menyusu, apa kata anda gantikannya dengan memperkenalkan susu botol yang mengandungi susu yang anda telah pam. Biasanya susu yang dipam akan dibiarkan di dalam pendingin beku atau peti ais, jadi eloklah sekiranya anda panaskan botol susu tadi supaya menjadi sedikit suam.

Ada banyak susu botol dan putting yang seakan-akan menyerupai payudara ibu dan rasa pun seakan-akan sama. Oleh itu, ketika baru memperkenalkan susu botol tadi, anda perlulah banyak bersabar kerana biasalah, benda baru ni perlukan masa untuk menyesuaikan diri kan? Kalau bayi anda masih tidak boleh terima, bolehlah cuba pada keesokan hari pula.

2. Pendekkan waktu penyusuan

Cara dan petua cerai susu badan yang kedua adalah dengan memendekkan waktu penyusuan. Kalau sebelum ini biasanya anda mengambil masa 10-15 minit untuk satu sesi, apa kata anda cuba 5-10 minit pula.

Memendekkan waktu menyusu pada tengah malam adalah yang paling sukar untuk dilakukan kerana anda dan bayi anda sudah semestinya mahu sambung tidur, tetapi perlu juga disiplinkan dan gagahkan diri. Gagahkan diri dan cuba sedaya-upaya petua cerai susu badan ini.

3. Berikan makanan pejal

Petua cerai susu badan ini ialah untuk yang sudah besar, bukan yang masih kecil lagi. Bagi bayi yang sudah besar sedikit di dalam lingkungan 6 bulan ke 1 tahun, dengan memperkenalkan makanan pepejal seperti bubur akan memberikan bayi anda pilihan lain selain daripada meminum susu ibu sepenuhnya. Dan apabila bayi anda berasa kenyang, permintaan menyusu pun akan berkurangan.

4. Tangguhkan waktu penyusuan

Ini petua cerai susu badan yang terakhir. Juga bagi bayi yang sudah besar sedikit, anda boleh cuba untuk menangguhkan waktu penyusuan dan mengalih perhatiannya kepada benda lain. Seperti bermain atau melakukan aktiviti lain dan hanya menyusu setelah aktiviti tersebut tamat.

Akhir kata

Dengan menggunakan tips-tips di atas ini, lama-kelamaan pasti bayi anda boleh menyesuaikan diri dengan mengamalkan cara cerai susu badan di atas. Mungkin ia mengambil masa beberapa hari, minggu atau berbulan-bulan. Walau apapun, anda perlu banyak bersabar dan berdoa pada Allah, sementara bayi anda menyesuaikan diri dengan perubahan ini.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×