Dapur

Rupanya Ramai Dah Cuba Petua Atasi Nasi Lembik Guna Roti Keping Je. Serius Menjadi!

689
SHARES

Mesti ada antara kita yang pernah termasak nasi lembik kan?

Bukak je periuk nasi, tengok nasi dah lembik semacam. Stresnya!

Biasanya boleh jadi macam ni sebab baru tukar beras jenis lain daripada yang kita biasa masak. Takpun tadi masa masak nasi tu ‘kurang fokus’ (baca: berangan) sampai tak sedar dah terlebih bubuh air.

Hehe.

Apapun alasannya, nasi dah menjadi bubur. So, sekarang macam mana?

Bagi yang suka makan bubur tu bolehlah layankan aje dan makan nasi yang ala-ala bubur tu.

Tapi dibuatnya kita masak untuk tetamu khas atau mak mertua ke, haru juga kan…

Jadi, apa kata cuba guna petua nasi lembik yang simple sangat ni. Guna roti je!

Rata-rata orang cakap memang menjadi sebab ramai dah cuba sendiri dekat rumah.

Jom kita tengok caranya.

Petua Atasi Nasi Lembik Guna Roti Keping

Bila termasak nasi lembik, ini langkahnya untuk ‘keraskan’ nasi tu semula.

1. Ambil Beberapa Keping Roti

Mula-mula ambil 2-3 keping roti dan letakkan saja roti tu (contoh: Gardenia) di atas permukaan nasi.

2. Tutup Semula Periuk

Kemudian tutup tudung periuk.

Kalau yang masak atas api, buka api perlahan. Kalau yang masak nasi dalam rice cooker, biarkan nasi tu dalam mod keep warm.

3. Biarkan Beberapa Minit

Biarkan sekejap lebih kurang 20-30 minit macam tu.

Kemudian pergi tengok semula nasi dalam periuk. Serius nasi tadi tu dah tak lembik lagi!

Senang kan?

Ramai yang dah pernah cuba petua ni di rumah sejak ianya trending di sebuah page Facebook, 5-Minutes Craft.

Yang dah cuba pun kata petua ni memang berkesan.

 

Tak sangka, senang sangat rupanya nak atasi masalah nasi lembik ni kan? Guna roti je.

Senanglah nak masak nasi lepas ni, tak risau jadi bubur lagi.

Selamat mencuba!

Most Popular

To Top