Nak naik belon udara panas macam di Capadoccia, Turki? Tak payah pergi jauh-jauh kerana Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya telah kembali! Pesta tahunan yang diadakan di Putrajaya pada 28-31 Mac 2019 ini adalah yang yang ke-10 dalam sejarah penganjurannya. Berbeza dengan tahun sebelum-belumnya, pesta tahun ini mempunyai pelbagai tarikan baru terutamanya bentuk-bentuk belon yang unik.
ADA BELON UDARA PANAS BENTUK SOTONG?
Belon udara panas berbentuk badut, sotong, robot dan gajah ialah antara tarikan pada pesta tahun ini. Selain itu, belon iglu bercahaya yang direka menggunakan bahan kitar semula dan dikendalikan oleh juruterbang antarabangsa akan turut ditampilkan sebagai tarikan baharu pesta ini.
Lebih 14 negara menyertai acara ini diantaranya ialah Sepanyol, Slovakia, Brazil, Belgium, Jepun dan pelbagai lagi.
TIKET MASUK PERCUMA!
Tiket masuk ke acara selama 4 hari dari 8 pagi hingga 7 malam itu adalah percuma namun bagi pengunjung yang ingin mencuba pelbagai aktiviti yang disediakan oleh penganjur akan dikenakan bayaran sebanyak RM13 hingga RM300. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pesta ini anda boleh melawat laman web rasmi iaitu https://www.myballoonfiesta.com.
*Jom pergi ramai-ramai!