Advertorial

Persepsi Lapuk Wanita ‘Insan Lemah’ Dah Tak Relevan, Ini Bukti Kaum Hawa Memang Berani!

5.9K
SHARES

Bila bercakap pasal perubahan hidup, bukan semua orang berani. Apatah lagi kalau dikaitkan dengan golongan wanita, ada saja yang tak percaya. Kononnya mereka ni ‘insan lemah’, golongan manja dan tak pandai berdikari. Hm.. Dah nak masuk tahun 2020, rasanya pemikiran macam tu memang tak relevan lagi.

Kempen ‘Tak Kenal, Tak Cinta’ daripada MAGGI® CukupRasa™ antara inisiatif yang patut dipuji kerana ia sedikit sebanyak memberi semangat dan dorongan kepada golongan wanita agar mereka berani mengambil langkah pertama dan mencuba sesuatu yang baru.

Sempena nak masuk tahun baru ni, kami di Sirap Limau nak ajak anda semua sama-sama cabar diri untuk mulakan langkah pertama dan buat perubahan yang lebih berani sama seperti 4 wanita hebat ini. Nak tahu kisah hebat mereka? Baca artikel ini sampai habis ya!

1. Jangan takut untuk belajar, Eina Azman cetus fenomena dalam dunia masakan

Siapa tak kenal dengan Datin Paduka Ainur Syakina Azman, atau lebih dikenali sebagai Eina Azman. Wanita cantik ini saban hari terus viral di media sosial dengan video tutorial masakannya. Bergelar isteri dan juga ibu buat pasangan kembar berusia 3 tahun iaitu Karl Kareef dan Arianna, Eina Azman ternyata ada kisahnya tersendiri.

Mengakui suatu ketika dulu memang tak pandai memasak dan pernah dilarang ke dapur oleh nenek serta ibunya kerana kurang berhati-hati, beliau akhirnya tekad untuk perbaiki kelemahan diri. Berkat kesungguhannya, siapa sangka kini nama Datin Paduka Eina Azman berjaya cipta fenomena dalam dunia masakan dan kini mempunyai lebih 1.8 juta pengikut di Instagram.

Bercerita lanjut tentang kariernya, Datin Paduka Eina Azman tidak lokek berkongsi tentang langkah berani untuk menceburi bidang perniagaan walaupun pada masa yang sama masih bergelar anak seni dan sentiasa sibuk dalam menguruskan rumah tangga serta dua anak kembarnya. Eina Azman yang kini giat mengusahakan bisnes skincare sendiri iaitu Nea Beauty Care Malaysia membuktikan bahawa tiada yang mustahil untuk berjaya asalkan anda berani membuat perubahan.

2. Bukti wanita juga berani, Mardiana Razali terbangkan pesawat ke udara

Siapa sangka wanita yang tampak lemah lembut ini merupakan seorang ibu tunggal yang pernah bergelar juruterbang pesawat pengangkut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Mardiana Razali yang kini bertugas sebagai jurulatih penerbangan di Layang-Layang Flying Academy berkata, memegang gelaran ibu tunggal bukanlah sesuatu yang mudah kerana beliau terpaksa memikul tanggungjawab lebih besar untuk membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga.

Mardiana mengakui tuntutan kerjanya sebagai juruterbang kadang-kadang memaksa beliau untuk mengorbankan masa bersama anak-anak. Namun, dia cukup bertuah kerana masih mempunyai ibu bapa yang sudi membantu menguruskan anak-anak sepanjang ketiadaannya.

Beliau yang pernah menggalas jawatan sebagai pegawai tentera berpangkat Mejar TUDM juga bersyukur kerana anak-anak sentiasa memahami kerjayanya. Ini membuatkan dirinya sentiasa kuat dan bersemangat untuk terus berkhidmat dan membuktikan bahawa golongan wanita juga mampu melakukan tugas yang ekstrem sama seperti kaum lelaki.

3. Perniagaan hampir tutup, Anne Idris tak pernah putus asa

Anda mesti pernah lihat hasil kerja tangan wanita ini tapi mungkin tak pernah tahu siapa pemiliknya kan? Kalau anda nak tahu, disebalik namanya yang pernah tular kerana berjaya menghasilkan kek bernilai puluhan ribu ringgit, sebenarnya Siti Saleha Idris atau lebih dikenali sebagai Anne Idris ada kisah dukanya yang tersendiri sewaktu membangunkan perniagaan My Mum’s Bakery.

Berkongsi tentang pengalaman pahit yang pernah dialaminya, Anne berkata suatu ketika dahulu perniagaannya juga hampir ditutup. Dalam masa tiga tahun, modal perniagaannya yang berjumlah RM130,000 habis begitu saja. Peristiwa kereta ditarik, kedai dikunci sebab tak mampu bayar sewa, perniagaan jatuh merudum sangat menyakitkan. Menurut Anne, kesemua tragedi duka itu berpunca daripada kesilapannya sendiri yang kurang ilmu dan kemahiran dalam perniagaan.

Mengenangkan wajah ibunya, beliau tekad untuk menebus kesilapan lalu. Akhirnya, nama Anne Idris berjaya mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dan beliau merangkul pelbagai anugerah seperti Anugerah Usahawan Safi Rania 2012, Anugerah Usahawan Cemerlang Tekun Nasional 2017 dan juga Ikon Usahawan Muda 2019.

Kini, sebahagian besar pelanggan My Mum’s Bakery terdiri daripada orang-orang kenamaan dan berjawatan tinggi termasuk Perdana Menteri Malaysia. Beliau juga pernah diberi kepercayaan untuk membuat kek untuk Raja Arab Saudi iaitu King Salman tau!

4. Menongkah arus pemodenan, Hafiza terus berjuang demi anak

Bergerak seiring dengan peralihan zaman, Hafiza Abd Rahman pula berkongsi cabarannya dalam mendidik anak-anaknya melalui kaedah homeschooling. Beliau berpendapat, ibu bapa sekarang tidak boleh terlalu memaksa anak-anak mengikut keinginan mereka tapi seharusnya melihat kecenderungan dan minat anak.

Idea menyekolahkan anak di rumah tercetus daripada pengalamannya sendiri memandangkan dulu ibu bapanya sibuk bekerja dan banyak masanya dihabiskan di rumah nenek. Kini, Hafiza sangat bersyukur kerana beliau mendapat sokongan penuh daripada suami yang sentiasa menghargai setiap usahanya untuk membesarkan anak-anak.

Mengakui kewangan adalah cabaran terbesar Hafiza berkata, sebagai ibu dia sudah bersedia lebih awal, berjimat-cermat dan mendahulukan perkara membabitkan pembelajaran. Hafiza sendiri pernah menolak tawaran kerja di luar rumah walaupun gaji agak lumayan kerana baginya kegembiraan dalam berkongsi ilmu bersama anak tidak dapat diganti dengan wang ringgit.

Selain itu, sebagai ibu dan guru sepenuh masa, Hafiza berkata dia juga perlu mengekalkan tahap kesihatan fizikal dan mental agar berada dalam keadaan baik bagi menguruskan anak-anak. Tambahnya lagi, membuat jadual waktu serta mendisiplinkan anak-anak turut mencabar emosinya. Beliau sendiri banyak membuat rujukan daripada pelbagai negara bagi mendapatkan kefahaman serta menyesuaikan dengan budaya di Malaysia.

Hafiza yang juga Pengarah Urusan pusat pembelajaran holistik HappyMindz berkata, kini dia berbangga dengan pencapaian keempat-empat anaknya. Sekarang kesemua anaknya sedang membuat persediaan untuk peperiksaan O-Level dan A-Level. Selain itu, mereka berkemahiran dalam tarian balet dan seni mempertahankan diri seperti taekwondo, karate, aikido, brazilian jiu jitsu, judo serta wushu.

Anak-anaknya juga mengikuti seni muzik dan mendapat pensijilan akreditasi Trinity College London (Trinity) dan Royal School of Music, United Kingdom (ABRSM) serta menyertai pelbagai kelas bahasa seperti bahasa Inggeris, Mandarin, asas bahasa Jepun, Sepanyol dan Perancis.

Jangan takut untuk buat perubahan, buktikan wanita cukup berani!

Keberanian keempat-empat wanita ini berjuang untuk membuat perubahan dalam kehidupan mereka dan keluarga sangat mengagumkan. Apa yang pasti, segala penat lelah dan usaha mereka cukup memberi inspirasi. Selari dengan kempen ‘Tak Kenal, Tak Cinta’ daripada MAGGI® CukupRasa™ kami di Sirap Limau berharap usaha yang dilakukan ini mampu menjadi pendorong kepada wanita agar berani mengambil langkah pertama mencuba sesuatu yang baru.

Ini kerana langkah berani ini dapat memberikan kesan positif sekaligus membantu wanita untuk lebih bersemangat dan berdaya saing pada masa akan datang. Ingat, tiada yang mustahil untuk cipta kejayaan asalkan anda kena berani mencuba benda baru dan teruskan usaha sampai berjaya. Begitu juga bila memasak, jangan takut untuk mulakan langkah pertama dan kongsi hasilnya bersama yang tersayang!

Hebat-hebat rasa, MAGGI® CukupRasa™!

Tak Kenal, Tak Cinta, samalah macam MAGGI® CukupRasa™ yang sangat sesuai digunakan dalam masakan kerana ia melengkapkan rasa hidangan di samping mempercepatkan proses memasak. Ingat, walaupun anda sibuk dengan komitmen harian, tapi bila masuk bab memasak pastikan anda jadi juara di hati keluarga.

Kalau anda belum pernah mencuba MAGGI® CukupRasa™, cepat-cepat beli sebab MAGGI® CukupRasa™ lengkap dengan bawang segar, rempah-ratus serta rasa ikan bilis yang dijamin boleh melazatkan lagi masakan anda. Tak kisahlah kalau anda nak buat sayur campur goreng, mi goreng, nasi goreng, ikan goreng mahupun telur dadar, tak perlu tambah garam dah, cuma taburkan MAGGI® CukupRasa™ dalam masakan dan rasai sendiri bagaimana ia melengkapkan rasa masakan anda!

Pendek kata lepas ni, tak kisahlah kalau kena masuk dapur hari-hari pun. Bila ada MAGGI® CukupRasa™, apa jenis masakan pun pasti jadi sedap. #TakKenalTakCinta #MAGGICukupRasa

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×