40 Minggu

Ini Sebabnya Ibu Mengandung Obses Kemas Rumah. Pantang Nampak Kotor, Bersepah

2.6K
SHARES

“Apa kena dengan bini aku ni… Dahlah sarat mengandung, tapi asyik nak mengemas aje kerjanya. Semalam dah banyak barang dalam stor dia punggah dan buang. Sekarang ni tak boleh bersepah sikit, habis dibebelnya.”

Sedar tak sedar, inilah antara simptom yang mungkin biasa berlaku pada ibu mengandung. Sampai suami pun naik hairan macam mana si isteri boleh dapat semua tenaga ni masa mengandung kan?

Sebenarnya, keinginan untuk berkemas dan mempersiapkan kehadiran bayi ketika hamil atau ‘nesting’ ini adalah normal. Malah, ada wanita yang lebih ekstrem dan tak boleh duduk diam langsung!

Jom kita ketahui lebih lanjut tentang ‘nesting’ ini dari sudut sains.

Obses Nak Mengemas Ketika Hamil. Ini 5 Perkara Tentang ‘Nesting’ Dari Sudut Sains

1. Apakah ‘Nesting’?

Anda mungkin tiba-tiba terjaga pada suatu pagi dan terasa bertenaga untuk berkemas dan menyusun semula semua ruang dalam rumah. Yang dah tak pakai, diketepikan. Yang dah buruk, dibuang. Yang masih elok, diatur.

Ada yang akan menyental semua lantai setiap hari, mengelap habuk sampai licin berkilat, dan ada yang tak henti-henti menghias serta menambah keperluan dalam bilik bayi yang bakal lahir.

Inilah yang dikatakan sebagai ‘nesting’. Ia biasa terjadi kepada ibu hamil, terutamanya apabila masuk trimester ketiga kehamilan.

2. Ia Adalah ‘Instinct‘ Semulajadi

Menurut laman web kesihatan WebMD, penelitian yang dibuat oleh pengkaji pada tahun 2013 mendapati bahawa keinginan untuk mempersiapkan diri sebelum menyambut kelahiran bayi adalah sesuatu yang normal dan intuitif.

Perkataan ‘nesting’ sendiri merujuk kepada perbuatan haiwan, khususnya burung yang membuat persediaan membina sarang untuk anaknya.

Ia diibaratkan dengan instinct wanita mengandung yang sebolehnya ingin memastikan persekitaran yang selamat dan selesa buat bayi yang baru lahir.

Foto Kredit: houselogic.com

3. Punca Lain

Selain disebabkan keperluan semulajadi menjelang kelahiran, ‘nesting’ juga boleh berlaku apabila dicetuskan oleh beberapa punca lain.

Menurut American Pregnancy, beberapa perkara yang boleh membuatkan ‘nesting’ berlaku lebih serius adalah:

  • Rasa bosan dan letih menunggu hari kelahiran
  • Terlalu risau dan nak bersedia lebih awal untuk memudahkan semua pihak
  • Rasa teruja dan seronok menyambut bayi yang bakal lahir

Foto kredit: tribune.com.pk

4. Ianya Juga Mendorong Sifat ‘Pelik’

Menariknya, ‘nesting’ ini mungkin menjadikan sesetengah wanita yang kebiasaannya tak suka mengemas tiba-tiba menjadi terlebih rajin.

Ada yang terlampau nak perfect sampai tak boleh ada satu sudut pun yang nampak tak teratur.

Bukan setakat itu, ada yang boleh terjaga tengah-tengah malam dan tiba-tiba berasa panik yang amat sangat apabila tersedar ada barang yang belum dibeli untuk bayi. Pelik kan?

Namun, itulah yang boleh berlaku. Ditambah pula dengan emosi yang kurang stabil dek hormon yang turun naik.

Ada yang sampai stres dan menangis bila tak dapat nak kemas atau aturkan barang seperti yang mereka nak. Aduh, satu hal pulak kan?

tanda ocd

Foto Kredit: Medical Daily

5. Perkara Yang Perlu Diperhatikan

Walaupun persediaan ini bagus dan penting untuk anda, namun ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh ibu, terutamanya dari sudut keselamatan.

  • Elakkan memanjat dan melakukan kerja berat yang membahayakan postur anda yang sarat mengandung.
  • Jangan melakukan sesuatu di luar keupayaan anda hingga berasa terlalu letih, lemah dan tidak bertenaga.
  • Pastikan anda membaca label pada semburan atau bahan kimia yang digunakan untuk mencuci ataupun mengecat. Pengudaraan yang baik juga penting agar anda tidak terhidu toksik yang membahayakan kehamilan.

Foto Kredit: gemini.no

eredakan Rasa Panik & Terlampau Obses Nak Mengemas

Perbuatan nak mengemas ni tak salah sebenarnya. Cuma kalau terlalu obses, ia mungkin akan merisaukan pasangan dan membahayakan diri.

Jadi seeloknya, buat perancangan bersama pasangan dan senaraikan apa yang anda inginkan. Cuba capai matlamat tersebut bersama-sama supaya si isteri taklah begitu terbeban nak buat semuanya.

Ia juga menunjukkan keprihatinan bakal ayah dalam mempersiapkan kehadiran orang baru tak lama lagi. Kasihanlah dekat isteri kalau dia yang kena buat semuanya. Dahlah mengandung pun dia, melahirkan pun dia. Jadi, Encik Suami tolonglah sama-sama kemas dan siapkan barang untuk newborn ya!

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×