40 Minggu

Kalau Tak Nak Membazir Beli Baju Newborn, Elakkan 6 Kesilapan Ini

7.6K
SHARES

“Excitednya nak beli baju baby. Comel-comel semua. Rambang mata dibuatnya. Yang mana satu nak pilih ni?”

Membeli pakaian untuk bayi yang bakal lahir adalah antara aktiviti yang paling mengujakan buat bakal ibu mahupun ayah. Asal ke pasaraya, tak sah kalau tak berhenti di seksyen baju bayi. Bagi yang tak berkesempatan ke kedai-kedai pun sama galak juga membeli secara online. Satu demi satu kita ‘Add To Cart’.

Baju bayi ini walaupun kecil, harganya bukanlah murah sangat. Kalau pilih yang berjenama, harganya standing juga dengan baju dewasa. Bahkan ada pula yang lebih mahal berbanding baju dewasa!

Jadi, sebelum anda pergi shopping baju bayi yang bakal lahir, kenalpasti dulu 6 jenis kesalahan ini supaya anda tak ‘terjebak’ dan akhirnya membazirkan wang.

6 Kesilapan Yang Paling Kerap Dilakukan Masa Shopping Baju Newborn

1. Pilih Semua Saiz Newborn

Dalam fikiran kita, kalau membeli untuk bayi yang baru lahir, mestilah pilih saiz newborn kan? Tapi kita lupa bahawa bayi amat cepat membesar dan naik berat badannya. Kalau beli semuanya baju saiz newborn, rugilah sebab dapat pakai sekejap sangat. Sepatutnya consider juga untuk beli beberapa helai baju yang bersaiz 6 bulan atau lebih sebab kita tak tahu berapa besar bayi yang bakal lahir nanti.

Walaupun secara umumnya bayi yang lahir adalah sekitar 2.5kg – 3.5 kg, ada juga kes yang lahir-lahir terus 4 kg atau 5 kg. Selalunya doktor akan beritahu kita kalau ada kemungkinan berat badan bayi yang bakal lahir lebih besar daripada normal.

2. Baju Yang Terlalu Mahal & Berjenama

Memang betul, baju yang berjenama ni kualitinya baik. Tapi tak perlulah kita beli semuanya yang berjenama dari hujung kepala ke hujung kaki.

Bayi yang baru lahir ni kebanyakan masanya cuma akan tidur dan ‘membuang’ dengan kerap. Masa dalam hari, mereka bukannya pergi ke parti atau berjumpa sesiapa. Yang penting, selesa!

sawan demam

Foto Kredit: verywell.com

3. Banyak Baju Jalan Berbanding Baju Tidur

Macam yang kita mention di atas, bayi yang baru lahir tak perlulah nak berfesyen sangat sebab selalunya pakaian yang berfesyen ini kurang selesa untuk mereka. Nak pakaikan pun leceh, nak basuh pun payah.

Menurut Baby Center, bayi baru lahir akan tidur selama lebih kurang 16 jam sehari. Oleh itu, lebih baik banyakkan beli baju tidur berbanding baju jalan. Beli baju jenis yang berlubang-lubang tu 5-6 helai pun puas hati. Bayi selesa, tak panas, harga pun murah.

Lagipun, masa berpantang nanti kita pun tak tentu lagi ada mood untuk bawa bayi berjumpa orang. Nanti lepas 2-3 bulan usianya, barulah berbaloi melabur untuk pakaian yang cantik dan fancy untuk bayi anda.

4. Beli Terlalu Awal

Pakaian bayi adalah antara hadiah yang paling selalu diberikan kepada bakal ibu ayah yang akan menimang cahaya mata. Sesetengah pasangan turut mengadakan majlis baby shower, di mana pada hari tersebut anda pastinya akan mendapat pelbagai hadiah untuk bayi, terutamanya baju.

Jadi, kalau nak elak pembaziran bolehlah beli sedikit dulu. Nanti bila perlu, barulah tambah lagi koleksi pakaian bayi anda. Sekarang kan dah senang, beli online pun boleh!

Foto Kredit: amicusenergy.com

5. Baju Cantik Tapi Susah Dipakaikan

Membeli pakaian yang mudah dipakaikan sering kali lupa diambil kira oleh bakal ibu ayah. Bayi yang baru lahir badannya masih lembut dan kita perlu berhati-hati mengangkat mereka. Maka, baju berbutang depan selalunya lebih mudah untuk kita pakaikan pada bayi baru lahir berbanding romper. Walaupun ia nampak remeh, tapi impaknya boleh dirasakan. Nak tahu kenapa?

Sumber dari New Kids Center menyatakan bahawa bayi baru lahir perlu ditukarkan lampin sebanyak sekurang-kurangnya 10 kali sehari. Bayangkan kalau kita keletihan, dengan tak cukup tidur, tengah-tengah malam pula kena menukar lampin, dah tentu lebih mudah untuk kita memakaikan bayi dengan baju dan seluar yang mudah disarungkan. Kalau nak struggle angkat kepala, tangan dan kaki mereka, nak cari butang yang di belakang atau tersembunyi – mesti susah dan boleh mendatangkan stres!

6. Bahagian Dalam Yang Kurang Selesa

Semasa membeli, kita selalunya membelek bahagian luar pakaian saja. Sebenarnya, elok juga kalau dapat merasa material pakaian tersebut dari dalam – terutamanya jika baju tersebut mempunyai zip, butang, iron-on sticker, sulaman dan sebagainya. Kadangkala kalau tak perasan, semua aksesori ini boleh menyebabkan kulit bayi berasa tak selesa sehingga ada yang menyebabkan kegatalan atau kulit yang berbekas.

jerawat pada bayi

Foto Kredit: healthawarenesscommunity.com

Mahal Tak Semestinya Yang Paling Bagus

Keselesaan adalah faktor yang amat penting yang patut dititikberatkan semasa membeli pakaian bayi. Namun, tak semestinya pakaian yang paling mahal adalah yang paling bagus untuk si kecil.

Jangan lupa ambil kira 6 perkara di atas sebelum pergi shopping baju newborn ya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×