Famili

Persatuan Digital Malaysia Lantik Presiden & Naib Presiden Penggal 2024-2026

11
SHARES
persatuan digital malaysia

Persatuan Digital Malaysia (MDA) mengumumkan pelantikan Eileen Ooi, Ketua Pegawai Eksekutif Omnicom Media Group Sdn Bhd, dan Nicholas Sagau, Ketua Pegawai Operasi REV Media Group sebagai Presiden dan Naib Presiden pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-15 yang diadakan baru-baru ini.

Ini merupakan berita gembira terutama sekali buat warga REV Media Group!

Baca juga: REV Media Group ‘Bersinar’ Di MDA d Awards 24, Diiktiraf Dalam 7 Anugerah!

PERSATUAN DIGITAL MALAYSIA UMUM PENERAJU INDUSTRI PENERBIT MEDIA DIGITAL

persatuan digital malaysia

Foto: Nic dan Eileen

Mesyuarat Agung Tahunan ke-15 yang berlangsung pada 5 Julai 2024 bertempat di hotel One World, Petaling Jaya turut melantik Lydia Wang, Ketua Pegawai Perniagaan Star Media Group Berhad sebagai Setiausaha dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Tan Lee Chin (Strategi & Kandungan) dari MCIL Malaysia sebagai Bendahari.

Untuk pengetahuan anda, ahli Jawatankuasa yang dipilih untuk penggal 2024-2026 adalah 16TWO Communication
Labs Sdn. Bhd., Astro Media Solutions Sdn Bhd, FCB Sdn Bhd (FCB SHOUT), Dentsu Holdings (M) Sdn Bhd, GroupM Malaysia, iMedia Asia Sdn Bhd, IPG Mediabrands Sdn Bhd, Nuffnang Sdn Bhd dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).

Membanggakan warga REV Media Group, Nicholas Sagau berkata,

“Saya amat berbesar hati dan berterima kasih atas kepercayaan industri dalam memilih REV Media, Media Prima sebagai Naib Presiden MDA. Pelantikan ini adalah bukti keyakinan industri terhadap keupayaan kami untuk menerajui industri penerbit media digital melalui cabaran yang ditimbulkan oleh prospek ekonomi semasa, yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Saya amat bersemangat untuk bekerjasama rapat dengan ahli jawatankuasa yang dipilih oleh industri kami, pemegang jawatan dan pihak berkepentingan untuk memacu inovasi dan pertumbuhan ekonomi digital.”

Persatuan Digital Malaysia (MDA) telah ditubuhkan pada 2009 dan memulakan beberapa projek dan aktiviti yang berjaya dianjurkan seperti majlis rangkaian yang dikenali sebagai Digital Wednesday. Program ini menawarkan peluang rangkaian sosial untuk penerbit tempatan, agensi media, dan pengiklan dengan penceramah dari bidang berkaitan untuk berkongsi pandangan dan pengetahuan kepada industri.

Manakala, “d Awards” merupakan acara anugerah yang meraikan dan menghargai karya inovatif terbaik dalam membangunkan produk digital, mereka bentuk dan melaksanakan kempen pemasaran digital dan d Conference yang menghimpunkan pemimpin industri yang mantap dalam perkongsian dan huraian kajian kes terbaik dan berkongsi trend yang sentiasa berubah dalam ruang digital.

persatuan digital malaysia

*Tahniah diucapkan!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×