Permohonan UPU online sesi akademi 2024/2025 sudah dibuka bermula hari ini (29 Februari) pada jam 12.00 tengah hari. Setiap pemohonan UPU perlu ada nombor pin yang dibeli di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
Maklumat lanjut mengenai permohonan UPU tahun 2024/2025, boleh ikuti perkongsian penuh di bawah.
Baca juga: Senarai Perbezaan Program Lepasan SPM, Yang Mana Satu Jadi Pilihan Adik-Adik?
PERMOHONAN UPU ONLINE SESI AKADEMIK 2024/2025
Fasa 1
- Bermula 29 Februari 2024 (Khamis) pada jam 12.00 tengah hari
- Ditutup pada 29 Mac (Jumaat) jam 5.00 petang
Fasa 2
- Dibuka 29 April (Isnin) pada jam 12.00 tengah hari
- Ditutup 9 Jun (Ahad) jam 5.00 petang
*Program pengajian bertemuduga atau ujian tiada ditawarkan pada fasa 2 ini.
Kategori layak memohon
Pemohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang rasmi: https://upu.mohe.gov.my
Bagi kategori lepasan SPM:
- SPM 2023 (Tahun semasa)
- SPM 2022 & 2021 (Bukan tahun semasa)
Bagi kategori lepasan STPM/SETARAF:
- STPM 2023
- Matrikulasi KPM – 2023/2024
- Asasi sains UM – 2023/2024
- Asasi Sains Sosial UM – 2023/2024
- ASASIpintar UKM – 2023/2024
- Asasi UITM – 2023/2024
- Asasi TVET Politeknik – 2023/2024
- STAM 2023 & 2023
- Diploma & setaraf
Pemohonan perlu disertakan dengan nombor pin yang dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN)
Pembelian boleh dibuat:
- Di 350 kaunter cawangan BSN
- 700 mesin ATM BSN
- Perbankan internet myBSN
– Pembelian pin UPUONLINE boleh dilakukan pada 28 Februari sehingga 8 Jun 2024.
– Harga no pin adalah RM10.60
– Pihak BSN akan memberi anda nombor pin berserta resit pembayaran.
*Dinasihatkan agar memilih kos pengajian dengan betul dan bijak mengikut minat anda. Jangan ikut minat kawan ya.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Cara Mohon Kemasukan Prasekolah KPM, Dibuka Bermula 1 Mac Ini
Sumber: Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA/UNIT Pusat Universiti (UPU)