Didik

Permohonan Tahun 1 Dibuka Mulai 1 Mac 2019. Ini Cara Daftar Online

13.1K
SHARES

Perhatian buat ibu ayah yang mempunyai anak-anak yang lahir pada tahun

  • 2013 dan kini (berumur 6 tahun pada 2019)
  • 2014 (berumur 5 tahun pada 2019) atau
  • yang lahir pada 1.1.2015 (berumur 4 tahun pada 1.1.2019)

Anda dah boleh mendaftarkan anak anak ke Tahun Satu secara online.

Permohonan boleh diisi secara online menerusi aplikasi permohonan dibawah atau mengemukakan permohonan secara manual dengan menghadirkan diri secara “walk in” di sekolah yang berhampiran untuk dapatkan borang.

Cara Pendaftaran Online Murid Tahun 1 Sesi 2019/2020

1) Buka Laman Sesawang

Layari https://public.moe.gov.my/

2) Isi Butiran Lengkap

Login menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan. Klik pada ‘Pendaftaran Tahun Satu’ dan isi maklumat lengkap.

3) Print

Anda perlu print borang yang telah siap diisi nanti bersama dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon.

Jadi boleh mula siapkan dokumen seperti berikut:

– sijil lahir anak (salinan + asal)
– kad pengenalan ibu bapa (salinan + asal)
– bil yang mempunyai alamat tempat tinggal
– sampul surat standard dan setem

– sijil nikah / pendaftaran perkahwinan

– slip gaji ibu / bapa
– laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh akhir permohonan adalah 30 April 2019.

Ingat, sediakan juga buku kesihatan untuk melengkapkan maklumat berkaitan imunisasi anak masing-masing.

Permohonan yang tidak lengkap atau maklumat palsu dan mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×