Taska / Tadika

KPM: Permohonan Program Genius Negara Seluruh Malaysia Kini Dibuka Hingga 30 Sept

424
SHARES
program genius negara

KPM: PERMOHONAN UNTUK MENYERTAI PROGRAM GENIUS NEGARA DI PUSAT ANAK GENIUS NEGARA SELURUH MALAYSIA

Makluman bagi ibubapa/ penjaga yang berminat untuk menghantar anak-anak berusia bawah 4 tahun untuk menyertai program di Pusat Anak GENIUS Negara (PAGN), kini anda boleh berbuat demikian dengan mengemukakan permohonan sebelum 30 September 2020.

program genius negara

Apakah Program Genius Negara?

Pada 5 April 2019 nama PERMATA ditukar kepada GENIUS selaras dengan pembaharuan struktur tadbir urus Program tersebut.

Terdapat 7 program di bawah Bahagian GENIUS Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Program Genius Negara adalah salah satu daripadanya.

Program GENIUS Negara menyediakan asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak berkualiti kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun terutamanya dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah.

Program ini membolehkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun bermain sambil belajar serta menerokai bidang-bidang kegemaran mereka.

Perkembangan menyeluruh kanak-kanak juga dibentuk dengan menggalakkan mereka mengguna kelima-lima deria mereka dalam proses memerhati, meniru, meneroka, cuba-jaya, mengaplikasikan terhadap persekitaran di sekeliling sehingga menjadi sebahagian daripada kebiasaan mereka.

Keistimewaan Program Genius Negara

  1. Merupakan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang holistik dan menyeluruh
  2. Menggunakan kurikulum yang mengintegrasikan secara bersepadu asas asuhan lengkap dan asas awal yang holistik
  3. menggunakan pedagogi belajar melalui bermain
  4. menekankan konsep 3E iaitu meneroka, mengeksperimen dan mengalami (Exploring, Experimenting and Experiencing)

Lokasi Pusat Anak Genius Negara Di Seluruh Malaysia

Setakat tahun 2020 ini, terdapat 89 buah Pusat Anak Genius Negara yang dikendalikan di setiap negeri seluruh Malaysia.

Untuk melihat senarai Pusat Anak Genius Negara (PAGN) yang terkini di setiap negeri, sila rujuk senarai INI.

Syarat Permohonan Program Genius Negara

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 4 tahun ke bawah
  • Keutamaan kepada ibu bapa yang mempunyai pendapatan isi rumah bawah RM4,000.

Cara Permohonan Program Genius Negara

Borang permohonan Program Genius Negara boleh dimuat turun melalui pautan INI.

Anda dikehendaki melengkapkan borang permohonan dan melengkapkan senarai semak INI.

Sertakan bersama dokumen-dokumen lampiran yang diperlukan seperti yang disenaraikan di bawah.

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan surat beranak
  • Salinan MyKid anak
  • Salinan buku kesihatan anak (muka hadapan dan rekod vaksin)
  • Salinan kad pengenalan ibu bapa / penjaga yang disahkan
  • Surat pengesahan tidak bekerja ibu bapa / penjaga (sekiranya bekerja sendiri)

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup bagi permohonan Program Anak Genius adalah pada 30 September 2020 (Rabu).

Tarikh Keputusan Dikeluarkan

Keputusan permohonan Program Anak Genius sama ada berjaya atau tidak boleh disemak pada bulan November 2020.

program genius negara

Maklumat Lanjut

Bagi ibu bapa/ penjaga yang berminat untuk menghantar anak- anak menyertai program di Pusat Anak GENIUS Negara (PAGN) sila lengkapkan borang permohonan dan senarai semak yang dilampirkan melalui laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia ini :

https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/banner/permohonan-untuk-menyertai-program-genius-negara-di-pusat-anak-genius-negara-seluruh-malaysia

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung Program Anak Genius di Pusat Anak Genius Negara, anda boleh menghubungi Bahagian Genius Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-8880 5151.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×