Didik

Kemasukan Tingkatan Satu Program Asrama Malaysia 2027 Dibuka, Ini Syarat & Senarai Sekolah Terlibat

PROGRAM ASRAMA MALAYSIA

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa murid yang memenuhi kelayakan untuk memohon kemasukan ke Tingkatan Satu di bawah Program Asrama Malaysia bagi sesi persekolahan tahun 2027.

Menerusi perkongsian Kementerian Pendidikan Malaysia, permohonan dibuka mulai 12 Oktober hingga 22 November 2026 bagi memberi peluang kepada murid yang berminat untuk mengikuti program berkenaan.

Baca juga: Pernah Johan Taekwondo, Fateh Kini Perlu Belajar Berjalan Semula Selepas Tercekik Belon Ketika ‘Birthday’

PROGRAM ASRAMA MALAYSIA TINGKATAN SATU DIBUKA

PROGRAM ASRAMA MALAYSIA

Ibu bapa dan penjaga yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh mengimbas kod QR pada poster rasmi KPM bagi mengakses borang permohonan serta panduan yang disediakan.

Program Asrama Malaysia menawarkan pengalaman persekolahan yang menekankan konsep integrasi nasional dengan menghimpunkan murid daripada pelbagai latar belakang kaum dan budaya dalam satu persekitaran pendidikan.

Antara keistimewaan yang ditawarkan kepada murid terpilih termasuk:

– Asrama berkonsepkan integrasi nasional yang menggalakkan perpaduan dan interaksi antara murid daripada pelbagai kaum.

– Peluang mempelajari bahasa antarabangsa sebagai nilai tambah dalam pendidikan murid.

– Pengecualian Yuran Makan Asrama (YMA) bagi murid yang mengikuti program ini.
– Menu makanan asrama bertemakan kepelbagaian kaum yang mengetengahkan kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia.

– Program dan aktiviti kokurikulum khas yang memberi peluang kepada murid mengembangkan bakat serta menyertai aktiviti sehingga ke peringkat antarabangsa.

Pelaksanaan program ini turut memberi pendedahan kepada murid tentang kepelbagaian budaya dan kepentingan hidup dalam suasana harmoni, sekali gus memupuk semangat perpaduan sejak di bangku sekolah.PROGRAM ASRAMA MALAYSIA

Empat sekolah yang disenaraikan

Bagi sesi persekolahan 2027, terdapat empat sekolah yang disenaraikan sebagai lokasi Program Asrama Malaysia KPM, iaitu:

1. Victoria Institution, Kuala Lumpur
2. SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Johor
3. SM Maktab Sabah, Kota Kinabalu, Sabah
4. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri, Sarawak

Ibu bapa dan penjaga yang berminat disarankan meneliti panduan permohonan yang disediakan oleh KPM bagi memastikan maklumat serta dokumen yang diperlukan dapat dilengkapkan dengan betul.

Berikut ialah maklumat penting permohonan kemasukan Tingkatan Satu Program Asrama Malaysia bagi sesi persekolahan 2027:

  • Tarikh buka permohonan: 12 Oktober 2026
  • Tarikh tutup permohonan: 22 November 2026
  • Kaedah mendapatkan borang: Imbas kod QR pada poster rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Permohonan perlu dibuat dalam tempoh yang ditetapkan. Oleh itu, ibu bapa dan penjaga disarankan mendapatkan borang serta panduan lebih awal supaya tidak terlepas tarikh tutup permohonan.

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan, orang ramai boleh merujuk perkongsian rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Baca juga: Kanak-Kanak Ireland Jatuh Cinta Dengan Makanan Asia Tenggara, Ibu Wajib ‘Fly’ Setiap Tahun Ke Malaysia!

Sumber: Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×