Asuh

Perlu Atau Tak Kanak-Kanak Makan Supplement? Ini Jawapannya

1
SHARES

Mungkin ramai dalam kalangan ibu bapa yang menghadapi situasi apabila anak-anak sukar untuk makan makanan yang sihat. Sudah pastinya sayur akan menjadi ‘musuh’ utama bagi mendapatkan khasiat yang cukup dalam pemakanan seharian. Jadi, antara cara yang diambil oleh ibu bapa adalah membeli makanan tambahan atau supplement dengan harapan dapat ‘mengganti’ pengambilan sayur tersebut.

Perlu ke kanak-kanak makan supplement sebegini? Ini penjelasan dari pakar nutrisi.

Artikel berkaitan: 10 Idea Menu Solid Food Untuk Anak Umur 7 Bulan Ke Atas, Colourful!

PERLU KE KANAK-KANAK MAKAN SUPPLEMENT?

DOES KID REALLY NEED SUPPLEMENT

A real challenge for working mother. Berikutan topik yang punya ramai minta saya ulas. Kanak kanak makan supplement fruits ni semua okay ke bahaya tak. Setelah saya lihat kandungan nutrisi di dalam pek supplement tersebut… tak ambil pun takpa. Saya tidak bermaksud jahat atau ada agenda lain, namun secara faktanya:

1) Setiap hidangan supplement tersebut mengandungi 0.12g fibre sahaja

Sedangkan kanak kanak 4-6 tahun need at least 25g fibre/day. Alahai sikitnya.

2) Supplement ni sebenarnya untuk memperbaiki collagen ke bagi kulit cantik?

Sebab yang paling tinggi dalam supplement ni Vitamin C je. And do you know that immunity does not revolve only with getting enough Vit C? Probiotic, prebiotic, less in refined sugars pun penting juga

3)Kanak kanak sepatutnya diajar untuk makan makanan yang variasi, teksturnya, rasanya

Kalau macamni, sampai bila bila kena makan supplement saja lah sebab nak makan sayur. Dan, mustahil lah sayur rasanya sedap dan manis sentiasa.

Faham. Parents are still learning, its okay to make mistakes. Tapi faham dah ke kenapa kita start dari puree ke chopped cut, minced and terakhir solid food? Kenapa kita tak bagi je kids makan puree sampai bila bila.

Because we want an optimal brain development.

Tak mengapa. Kita sama sama belajar, mana yang betul kita ikut. Sebab bagi saya, ada beberapa perkara yang pasangan selebriti ini praktikkan pada anak mereka yang bagus dan boleh dicontohi. Namun untuk memberi supplement pada usia yang sangat muda rasanya tidak perlulah.

Oh ya ada yang tweet tadi, saya lupa nak qoute. Kandungan gula dalam satu hidangan supplement ni tidaklah tinggi. Jangan lah sampai nak cancel culture sangat you point everything macam semua tak kena ya. Atau kalau jazz terlepas pandang, mohon tag saya ya. Sekian.

Sumber: Twitter @Jazz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×