Bersalin

Perkongsian Menarik Irine Nadia Mengenai Pengalaman Bersalin ‘Cesarean’ Anak Pertama!

786
SHARES

Mesti ramai dalam kalangan ibu lebih memilih untuk bersalin secara normal bukan? Tambahan pula yang baru pertama kali mendapat anak, memang inginkan kelahiran secara normal. Tetapi, tidak semua orang dapat menjalani proses kelahiran secara normal dan alternatifnya adalah melalui kaedah ‘cesarean’ iaitu pembedahan.

Melalui pengalaman yang dikongsi oleh salah seorang blogger terkenal Irine Nadia Marcello di laman Facebooknya, beliau juga pernah merasa pengalaman menyambut kelahiran melalui proses ‘cesarean’. Untuk ibu-ibu di luar sana yang masih tak pasti dengan keadaan bersalin secara ‘cesarean’ ini, jom sama-sama kita baca perkongsian menarik ini!

PERNAH MERASA BERSALIN SECARA CEASER,SYUKUR ALHAMDULILLAH

www.pinterest.com

www.pinterest.com

Throwback hampir 4 tahun lepas, masih fresh lagi dalam ingatan yang Irine sendiri salah seorang MUMMY TO BE yang 1st time mengandung dan ditakdirkan bersalin secara CEASER. Seperti ibu-ibu yang lain yang jugak, pertama kali disahkan mengandung, tiada ungkapan lain yang mampu ucapkan selain rasa syukur Alhamdulillah.

Dan tiba pada waktu saat-saat nak bersalin, doctor cakap kedudukan baby tak cantik, baby tak pusing lagi dan songsang (baby breech). Masa ni macam-macam lah cuba petua yang kawan-kawan lain nasihatkan cuba buat. Sujud lama-lama masa solat, banyakkan berjalan, jalan itik dalam toilet (hihi), pujuk baby cakap-cakap dengan baby,exercise dengan gymball, dan macam-macam lagi lah! Semua dah buat tau.

Tapiiiii…. bila pegi check up, doctor still cakap baby masih tak pusing lagi. Hati ni risau Tuhan je yang tau, lagi-lagi ni adalah pengalaman pertama. Doctor pernah cakap nak try pusingkan tapi peluang tu tipis lah sebab ruang dalam perut dah penuh, baby pulak dah besar. Jadi, nak tak nak, doctor nasihatkan CEASER.

Bila dengar doctor cakap macamtu, jujur Irine cakap macam nak gugur jantung nih (kasi ayat Metafora la sikit. Hihi). Sedih jangan cakap lah, sampai kuyuppp dibuatnya shawl Irine gara-gara air mata menitik tak henti-henti. Sedih tu sebab TAKUT nak ceaser, dan lumrah seorang wanita semua nak bersalin secara NORMAL kan?

www.facebook.com/irinenadiamarcello

www.facebook.com/irinenadiamarcello

Terus masuk dalam kereta dalam keadaan kepala tertunduk-tunduk sedih. Husband tanya,
“Kenapa nangis niii?”
“Doctor cakap ape?”

Me: “doctor cakap kena bersalin Ceaser, baby breech lagi”.

Husband : “Lerrrrrrr, abang ingatkan ape laa tadi,bersalin ceaser je, bukan kena buat apa”
See, lelaki punya respond masa tu rasa nak tarik-tarik je rambut dengan janggut dia. Dah lah orang tengah sedih, dia pi tambah bara api.

Me: “Syg nak bersalin normal lah,x nk ceaser”

Husband: “Bersalin normal dengan Ceaser takde beza pun syg. Anak tu keluar jugak nanti. Abg pasti ada hikmah semua ni. Mungkin Allah tau kalau syg bersalin normal, syg tak mampu nak tahan rasa sakit contraction berjam-jam.So Allah tetapkan ceaser, Allah tau mana kemampuan syg”

(Panjang lagi sebenarnya dia tarbiyah isteri dia, tapi dah 4 tahun berlalu, ayat tu je lah ingat. Hehe)

www.facebook.com/irinenadiamarcello

www.facebook.com/irinenadiamarcello

Terus sambung nangis dan balik rumah terus masuk bilik, takde mood nak makan! Haha. Punyalah emo dan terkesan, kesian baby ibu dalam perut lapo! Ape lah ibu nih. Esok tu terus tukar mood positive balik. Tak nak lah sambut- sambut baby dalam mood yang tak gembira kan? Set appointment dengan doctor untuk tentukan tarikh ceaser. Siap cakap dengan husband lagi, “abg, orang lain semua tertunggu-tunggu baby nak keluar bila, kita dah tau siap-siap 2 jam lagi bakal jadi ibu dan ayah” . Tersenyum kitorang masa tu excited punya pasal nak dapat anak jap lagi.

Disebabkan bukan kes EMERGENCY CEASER, husband dapat masuk dewan bedah teman Irine dari awal proses sampailah baby keluar. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan daripada proses bersalin, proses berpantang, dan sampailah sekarang anak perempuan solehah Irine sorang ni dah nak masuk umur 4 tahun pun!

www.facebook.com/irinenadiamarcello

www.facebook.com/irinenadiamarcello

Benar ada hikmah semua ni. Alhamdulillah, luka bersalin ceaser Irine senang nak dijaga dari awal sampai sekarang. Rasa pedih dan ngilu pun tidak(bukan riak, tp ni nak cakap mungkin salah satu hikmahnya). Apabila kita redha dengan semua ketentuan Allah, maka percayalah Allah akan menggantikan semula dengan sesuatu yang tidak kita jangka.

Dan apa yang Irine nak katakan dekat sini, tak perlu rasa MALU pun pernah bersalin secara CEASER, bangga ada lah. Hehe. Hiraukan lah orang lain yang sebok kata-kata tentang Ceaser ni. Yang tentukan pahala seorang wanita bersalin ialah Allah bukan hambanya. Kita ni tak layak pun.

www.facebook.com/irinenadiamarcello

www.facebook.com/irinenadiamarcello

Bila Medina dah besar, dia selalu tanya,
“Ibuu yang ni kenapa?(sambil tunjuk tmpt ceaser),Kak Nina dulu keluar dekat sini eh?

Fiska Medina, ceaser delivery, 2nd baby Hasya Tasnim normal delivery, 3rd baby Muhammad Umar Fahri normal delivery. Dan percayalah, setiap daripada anak-anak kita ni adalah pembawa rezeki masing-masing kepada ibu bapanya.

www.facebook.com/irinenadiamarcello

www.facebook.com/irinenadiamarcello

Yang benar,
Ibu yang masih belajar tentang ilmu ibu bapa.

Sumber Facebook : Irine Nadia Marcello

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×