Menurut Kementerian Sumber Manusia (Kesuma), Perintah Gaji Minimum baharu akan berkuat kuasa esok di seluruh negara di mana majikan perlu membayar RM1,700 sebulan.
Kadar gaji minimum itu melibatkan majikan yang mempunyai lima orang pekerja atau lebih dan menjalankan suatu aktiviti profesional, tanpa mengambil kira bilangan pekerja yang digajikan oleh majikan tersebut.
Baca juga: Semakan Tawaran Kemasukan SBP Tahun 2025/2026 Bermula Hari Ini (31 Januari)
PERINTAH GAJI MINIMUM RM1700 BERKUAT KUASA ESOK

Kredit: Freepik
Sekiranya majikan menggajikan kurang daripada lima orang pekerja, tarikh kuat kuasa tersebut akan bermula pada 1 Ogos depan. Hal ini untuk memastikan agar majikan mempunyai tempoh masa yang cukup dalam melakukan penyesuaian struktur gaji dan operasi syarikat masing-masing.
Kesuma dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa langkah yang diambil ini bakal memanfaatkan 4.37 juta pekerja selaras dengan agenda Ekonomi Madani yang menekankan keadilan sosial dan kesejahteraan rakyat.
“Ia juga sejajar dengan komitmen kerajaan untuk ‘menaikkan lantai’ ekonomi negara dengan meningkatkan kuasa beli yang seterusnya dapat menambah baik kualiti hidup rakyat,” katanya.
Pihak Kesuma turut menegaskan semua majikan diwajibkan untuk mematuhi Perintah Gaji Minimum ini dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.
Denda di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732) akan dikenakan terhadap majikan yang gagal mematuhi Perintah Gaji Minimum.
Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum merupakan satu daripada pendekatan besar Kesuma dalam meningkatkan pendapatan kaum pekerja, selain pelaksanaan Dasar Gaji Progresif dan usaha merancakkan latihan kemahiran sebagai kaedah meningkatkan keberhasilan dan gaji pekerja.
“Dengan pelaksanaan yang berkesan, bukan sahaja pendekatan ini dapat meningkatkan kesejahteraan pekerja, tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara,” tambahnya
Maklumat lanjut mengenai Perintah Gaji Minimum baharu, orang ramai boleh melayari laman web rasmi di https://minimumwages.mohr.gov.my/ dan bagi sebarang pertanyaan, majikan atau pekerja boleh emel kepada [email protected].
Baca juga: ‘Parents’ Marah Cikgu Duit Bantuan Tak Cukup RM50, Anak Kata Tolak Yuran PIBG, Tapi Rupanya…
Sumber: Sinar Harian