Advertorial

Perang Dunia Telefon – Debat Di Antara Apple, Samsung dan Huawei

28
SHARES

Saya percaya ramai daripada kita tergolong daripada salah seorang pengguna telefon pintar yang berjenama Apple, Samsung atau Huawei.

Baru-baru ini, FG Media menjemput enam peminat ‘kipas-susah-mati’, di mana mereka terbahagi kepada dalam tiga kumpulan, dengan dua orang mewakili setiap jenama tersebut.

Siapa enam peminat tersebut?

  1. Pasukan iPhone: Liz Yahaya (Aliza) & Roshan Menon
  2. Pasukan Samsung: Chen Tian Chad & Francis Yip
  3. Pasukan Huawei: Daniel Lau & Ruwan Jayatilake

Dan moderator kita untuk debat ini ialah Dr Jason Leong, seorang pelawak tempatan. Beliau awal-awal lagi telah menarik diri daripada perdebatan ini kerana beliau hanya mampu memiliki telefon One Plus One, itupun dengan skrin yang tidak berfungsi dengan baik.

Tiga soalan telah diajukan, dan setiap pasukan berpeluang untuk menyatakan pendapat masing-masing di dalam masa 10 minit bagi setiap soalan.

Pusingan pertama, mula!

1. Sebuah kajian oleh FG Media terhadap jurugambar-jurugambar yang menggunakan telefon pintar Apple, Samsung dan Huawei, menunjukkan bahawa pengguna memilih 52% gambar yang diambil oleh Huawei, berbanding Apple sebanyak 40% dan Samsung cuma 8%.

perang1-1

Keputusan kajian jalanan yang dilakukan oleh FG Media di kawasan Bangsar Telawi pada 6 Ogos, 9pagi – 5petang. (40 responden)

perang2-1perang3

Keputusan atas talian yang dikumpul oleh 3,760 peserta di laman web VOX pada 17 Ogos, 2016.

Jom lihat keputusannya:

  1. Apple (40%)
  2. Samsung (8%)
  3. Huawei (52%)

Ternyata ramai peminat lebih menyebelahi Huawei P9 yang dilengkapi kamera dua lensa daripada Leica ini. Apple berada tidak jauh, dan peminat mereka beria-ia mengatakan bahawa iPhone 7 bakal menewaskan kesemua jenama yang ada di pasaran pada hari ini.

Samsung Galaxy pula ketinggalan jauh ke belakang, tetapi ianya bersebab. Sewaktu kajian ini dijalankan, mereka telah menggunakan model Galaxy S6 – dan bukannya model terkini iaitu Galaxy S7. Patutlah Samsung kalah teruk!

Pemenang pusingan pertama, Huawei!

Ternyata telefon P9 menghasilkan gambar yang terbaik di antara ketiga-tiga pengeluar. Teknologi yang digunakan adalah yang paling canggih dengan dilengkapi kamera dua lensa dan ini telah cukup untuk mereka memenangi pusingan pertama.

Masa untuk pusingan kedua pula

  1. Siapa yang terbaik di dalam melindungi pengguna mereka dari segi keselamatan?

perang4 perang5 perang6 perang7

Sumber: https://duo.com/blog/thirty-percent-of-android-devices-susceptible-to-24-critical-vulnerabilities

Penting juga bab keselamatan ni, jadi siapa yang paling komited?

Kalau menurut kajian bagi telefon pintar Android, Huawei adalah merupakan pengeluar yang paling prihatin terhadap keselamatan para penggunanya. Samsung berada tidak jauh di belakang, dan ini disebabkan oleh mereka mempunyai banyak model dan ramai pengguna – jadi agak sukar untuk mengeluarkan kemaskini untuk semua orang.

Tetapi apabila kita berbicara mengenai Apple, mereka memang amat menitik-beratkan aspek keselamatan pengguna dengan serius sekali. Malah Apple telah mencabar kerajaan Amerika Syarikat di dalam mahkamah bagi melindungi hak peribadi seorang pelanggan Apple.

Malahan, kebanyakan daripada masalah ini hanya timbul di dalam telefon Android, Apple tidak pernah mengalami sebarang gangguan keselamatan terhadap perisiannya.

Siapa menang pusingan kedua ini?

Tidak dinafikan Apple mengamalkan sistem sumber tertutup dan tidak mengamalkan sistem sumber terbuka sepertimana Android. Mata tambahan bagi Apple yang telah menunjukkan kesungguhan di dalam melawan kerajaan Amerika Syarikat bagi mempertahankan hak peribadi pelanggannya.

Apple dan Huawei seri 1-1, ayuh ke pusingan terakhir!

  1. Bagaimana dengan kepuasan keseluruhan anda dengan jenama anda. Bagaimana anda menilai pengalaman pengguna dengan ciri-ciri jenama, seperti kamera, sistem pengoperasian, kepantasan, memori dan lain-lain. Boleh beri sebarang sebab mengapa sistem pengoperasian anda lebih hebat? Adakah terdapat sebarang perkara yang boleh membuatkan anda bertukar ke jenama lain?

Pusingan penentuan yang amat sengit.

Pusingan terakhir ini memang agak mendebarkan. Bagi Apple, anda kelihatan seperti tergolong di dalam golongan eksklusif dan bergaya apabila memiliki Apple iPhone 6S. Orang pandang lain macam, maklumlah telefon mahal kan. Dengan paparan retina yang sangat baik untuk mata, terutama sekali untuk kegunaan jangka masa yang lama. Pengalaman berkongsi fail secara menyeluruh apabila anda menggunakan iOS merentasi pelbagai peranti seperti komputer, komputer riba dan tablet.

Bagi Samsung Galaxy S7 pula, ia kalis air dan mempunyai skrin dengan lengkungan yang mengancam. Ini menghasilkan paparan media terbaik. Boleh juga mengecas telefon tanpa wayar.

Dan terakhir sekali, Huawei P9 mempunyai bateri 3000 mAh, kapasiti yang besar berbanding kebanyakan telefon pintar yang lain. Ia juga amat berbaloi untuk wang anda. Pengalaman produk yang lebih intuitif, seperti ID cap jari yang berada di belakang telefon dan ciri ketukan ibu jari.

Dan pemenangnya adalah?

Siapakah yang anda rasa menang di dalam Perang Dunia Telefon yang menampilkan tiga gergasi industri iaitu Apple, Samsung dan Huawei ini?

Kami biarkan kepada anda untuk menentukannya, dan diharapkan anda akan berperang komen secara baik dan menjaga adab tatasusila.


MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×