Asuh

Peranan Ibu Untuk Menyokong Tahap Kebijaksanaan Si Manja Learn (Belajar) Pada Umur 6+ Tahun

40
SHARES

Mempunyai anak yang semakin membesar sudah pastinya merupakan suatu pengalaman yang sangat mengasyikkan. Tetapi apakah peranan yang perlu dimainkan oleh ibu di dalam proses perkembangan anak-anak pada tahap ini? Bagaimana pula dengan nutrien yang diperlukan oleh Si Manja yang berumur 6 tahun dan ke atas yang dapat menyokong perkembangan sihat? Dengan adanya Dutch Lady Nutri Plan™, ia membantu anda memahami tahap-tahap perkembangan anak anda serta nutrien yang menyokong keperluan anak pada tahap ini; bagi memudahkan anda menyesuaikan diri bagi membimbing anak anda dengan lebih baik.

Pada peringkat umur 6 tahun dan ke atas, anak anda akan membesar dan mengalami perubahan fisiologi yang drastik, daripada segi pertumbuhan tulang, kematangan otak sehinggalah kemahiran lisan. Selain daripada memerlukan nutrien yang boleh menyokong perkembangan otak, tulang dan otot; pastikan Si Manja memperolehi tidur malam yang mencukupi. Aktiviti fizikal juga sangat penting untuk perkembangan keseluruhan kanak-kanak pada tahap umur ini. Nutrisi yang diperlukan juga perlu dikhususkan mengikut peringkat perkembangan bagi menyokong
perkembangan Si Manja yang sihat, seperti yang terdapat di dalam rangkaian Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan™ yang membekalkan nutrien yang sesuai dengan tahap perkembangan daripada umur 1 sehingga 6+ tahun dan ke atas.

Tahap Kebijaksanaan Learn (6 Tahun Ke Atas)

learn

Pada tahap umur 6 tahun dan ke atas, otak anak anda berkembang sehingga 95% saiz otak seorang dewasa. Ini menunjukkan bahawa ia hampir sampai ke tahap maksima dan perkembangan ini berlaku terutama sekali di bahagian depan otak yang melibatkan kemahiran pertimbangan, organisasi dan perancangan. Dutch Lady Nutri Plan™ LEARN dirumus khas dengan nutrien-nutrien penting bagi menyokong pertumbuhan otak seperti DHA.

Selain daripada pertumbuhan otak, Dutch Lady Nutri Plan™ LEARN juga mengandungi nutrien seperti magnesium untuk menyokong daya tumpuan serta ingatan; serta vitamin B2 dan B12 untuk membantu menghasilkan tenaga dan meningkatkan fungsi otak. Kesemuanya adalah amat penting bagi menyediakan anak anda yang akan memulakan alam persekolahan tidak lama lagi.

Aktiviti fizikal juga sangat penting pada tahap ini apabila Si Manja mula mengalami perkembangan jisim tulang dan otot yang lebih cepat. Dutch Lady Nutri Plan™ LEARN juga mengandungi kalsium dan Vitamin D yang menyokong perkembangan ini.

Peranan Ibu Sebagai Jurulatih

Print

Bagi menyokong keperluan melakukan aktiviti fizikal anak anda, ibu perlu memainkan peranan sebagai jurulatih. Anda boleh bersama-sama bermain permainan seperti badminton atau bola keranjang. Jika Si Manja belum mahir menunggang basikal, ini adalah masa yang sesuai untuk bersama-sama untuk melatihnya. Teman anak anda berbasikal di taman yang berhampiran sambal memberikannya dorongan untuk berjaya.

Aktiviti-aktiviti fizikal seperti ini memerlukan koordinasi tangan dan mata atau dikenali sebagai kemahiran motor yang kompleks. Ianya sangat bermanfaat untuk perkembangan otak anak anda.

Tiada sebarang had kepada sebarang aktiviti fizikal yang boleh dilakukan bersama-sama dengan anak anda. Apa yang penting, adalah untuk menerapkan gaya hidup sihat dan aktif di dalam diri anak anda, kerana ianya dapat membantu meningkatkan daya tumpuan dan pembelajaran Si Manja.

Setiap kanak-kanak membesar pada tahap perkembangan yang berbeza-beza. Anda sebagai ibu bapa perlu menyediakan yang terbaik kepada anak anda mengikut kepada peringkat pencapaian Si Manja, agar mereka dapat mencapai tahap kebijaksanaan dan kekuatan yang diperlukan bagi mencapai tahap yang seterusnya.

Untuk maklumat lanjut tentang cara bagaimana Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan™ dengan 5X DHA* dapat menyokong tahap perkembangan kanak-kanak, sila layari www.smartmoments.com.my.

Rujukan:
* Berbanding dengan susu tepung rumusan kanak-kanak yang terdahulu (Tahun 2009).
4 Tahap Nutri Plan merangkumi susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady® Curious, Explore, Create dan Learn.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×