Hebahan

Peperiksaan UPSR, PT3, SPM Dibatalkan Bagi Tahun 2020- Kementerian Pendidikan

243
SHARES

Berikutan penularan wabak COVID-19 yang masih belum menunjukkan kadar penurunan, Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil keputusan untuk meminda kesemua tarikh peperiksaan utama selaras dengan keputusan kerajaan melanjutkan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan penangguhan pembukaan persekolahan ekoran Covid-19.

TIADA PEPERIKSAAN TAHUN 2020

Menteri Pendidikan Mohd Radzi Md Jidin, hari ini dalam satu sidang media mengumumkan keputusan Kementerian Pendidikan  untuk membatalkan kesemua peperiksaan wajib iaitu UPSR, PT3, SPM bagi tahun 2020. Namun, beliau turut memberitahu bahawa jadual peperiksaan SPM akan dibawa kepada awal tahun 2021.

Selain dari itu, beliau turut menjelaskan bahawa apabila sekolah dibuka kelak, ianya akan terhad untuk pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Atas sahaja. Hal ini adalah pelajar dalam dua fasa ini akan tertumpu kepada peperiksaan besar.

Keputusan ini akan terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM. Sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM juga disarankan untuk turut mengikuti keputusan ini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×